Friday, August 28, 2009

Draf Ucapan Program JKKK /Ketua Kampong

Draf ucapan disediakan oleh Mohd Asri Redha


Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah izin-Nya dapat saya bersama-sama di majlis yang dinamakan ................................................................................... Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK.

Kesempatan bersama-sama dengan anggota JKKK bagi Daerah Kecil Jerlun ini amatlah saya hargai dan saya mengucap terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan sekalian hadir dari jauh dan dekat. Pertemuan ini saya anggap sebagai suatu pertemuan yang penting sebagai menyahut permulaan kepada fasa Kedua Pembangunan Negeri Kedah di bawah Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Setia Di Raja Dato Seri Syed Syed Razak Syed Zain ..Menteri Besar Kedah DA. Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada bulan ................. tahun ........ yang lalu, menekankan kepada dua pokok utama iaitu pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang disepadukan atau dilaksanakan secara serentak.

Dalam hubungan ini, JKKK merupakan agensi yang paling hampir dengan masyarakat dan merupakan kumpulan yang berkesan memainkan peranan untuk memajukan kampung masing-masing. Dalam menggerakkan pembangunan, kerajaan mengiktiraf JKKK sebagai sebahagian dari rangkaian kepada Pentadbiran Kerajaan, melalui Pejabat Daerah masing-masing. Oleh sebab itulah, JKKK adalah antara penyumbang yang penting ke arah kecemerlangan jentera pentadbiran kerajaan. Sebaliknya, sekiranya berlaku kelemahan di peringkat JKKK, ia juga memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan. Menyedari hakikat ini, JKKK tidak dapat tidak harus perlu ikut serta mengamalkan pengurusan yang berkesan dan cemerlang. Walaupun tenaganya dibayar hanya sekadar elaun saguhati, tetapi peranan dan keputusan yang dibuat oleh JKKK sentiasa diambilkira oleh pihak kerajaan dan agensi-agensinya.

Pengalaman yang diakui, memang menunjukkan JKKK pada keseluruhannya sentiasa memainkan peranannya yang baik. Oleh kerana ia melibatkan pengurusan yang berkaitan dengan rnanusia, kadang-kadang berlaku juga keadaan¬keadaan yang menjejaskan pentadbiran dan kemantapan JKKK, namun ia masih boleh diselesai dan diperbaiki dari masa ke semasa. Masih banyak ruang-ruang yang boleh dipertingkatkan, ke arah melahirkan JKKK yang berkualiti, berdaya maju dan
berdaya saing. Oleh itu, sempena dengan perjumpaan itu sukalah saya menyarankan secara umumnya:

i. JKKK perlu turut sama dalam usaha peningkatan kualiti dan kecemerlangan.
ii. JKKK harus diberi pengenalan dan identiti yang lebih tinggi untuk menarik penglibatan yang lebih menyeluruh.
iii. Penyertaan golongan muda dan profesional perlu digalakkan, sebagai pelapis kepada golongan yang sedia ada.
iv. Perancangan dan pentadbiran yang lebih berkesan.
v. Keseimbangan tumpuan di antara pembangunan fizikal dan pembangunan minda serta kerohanian.
vi. Mengamalkan sikap terbuka dalam setiap hal, memahami serta mendokong sepenuhnya hasrat dan dasar kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Dalam Pelan Tindakan Kedah Maju 2010, kita akan melangkah kepada bidang-bidang yang lebih mampu memberi nilai tambah yang lebih tinggi. Misalnya bagi sektor pertanian, kerajaan akan menekankan aktiviti yang mempunyai nilai tambah tinggi. Bidang perindustrian akan ditingkatkan melaiui penguasaan dalam bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dan teknologi tinggi, selaras dengan Wawasan 2020. Pembangunan bandar akan diberi keutamaan sewajarnya, di samping meneruskan pembangunan kampung dan luar bandar dengan strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan perubahan masa dan keadaan.

Kesemua ini memerlukan kefahaman dan penghayatan di kalangan rakyat dan semua pihak yang terlibat dengan perjalanan pembangunan negeri. Oleh itu, saya menyarankan lebih banyak pertemuan,seminar, kursus dan seumpamanya dapat diadakan kepada ahli-ahli JKKK dan pemimpin-pemimpin tempatan, yang ada kaitann,ya dengan Fasa Kedua Pembangunan Negeri bagi memberi kefahaman kesedaran melahirkan idea dan perancangan secara kolektif.

Perkara yang penting dalam pembangunan, bukan sahaja dilihat dari aspek fizikal, tetapi pembangunan pemikiran (minda) dan sikap adalah pokok utama untuk menentukan kejayaan. Sebab itulah kalau kita lihat di negara-negara yang maju, jika kita perincikan sebab mereka berjaya, ialah kerana sikap dan budaya masyarakatnya, Mereka mempunyai rakyat yang cintakan ilmu pengetahuan, bersikap peka kepada perubahan, bersungguh-sungguh dan tekun dalam satu-satu pekerjaan yang dilakukan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Penilaian prestasi JKKK yang dijalankan oleh Pejabat Daerah Kecil Jerlun pada kali ini adalah satu usaha yang baik bagi menilai kemampuan anggota JKKK dalam mentadbir organisasi masing-masing, di samping dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan pentadbiran pejabat daerah dan kerajaan keseluruhannya. Kepada yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan kepada yang kurang berjaya diharap cuba lagi. Segala usaha sentiasa dihargai. Saya juga berharap daerah-daerah lain juga di negeri ini turut mengadakan pertandingan yang berbentuk penilaian prestasi seumpama ini di masa akan datang.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, termasuk yang sedang dan telah berkhidmat. Sesungguhnya pembangunan yang dapat kita saksikan hari ini di Negeri kita jalankan bersama. Kejayaan kerajaan adalah kejayaan tuan¬tuan dan puan-puan sekalian, begitulah juga sebaliknya.

Draf Ucapan Perasmian Daerah Kecil Jerlun

UCAPAN KETUA PENOLONG SETIAUSAHA KERAJAAN (PEMBANGUNAN) DAERAH KECIL JERLUN DI MAJLIS PERASMIAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN (SUB DISTRICT) PADA 12 APRIL 2004

(disediakan oleh Mohd Asri Redha)

Ucapan Salam
Penghargaan kepada VVIP dan VIP yang hadir

YAB Dato’ Seri, Dato’-Dato’, YB, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian…

Pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran kita yang tidak terhingga ke Hadzrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak izinnya makanya kita dapat sama-sama berada dalam ruang agak kurang selisa ini bagi menyaksikan perasmian operasi Pejabat Daerah Jerlun ini oleh YAB Menteri Besar KEdah Darul Aman, sebentar lagi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato Seri yang telah sudi untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan pelancaran operasi Pejabat Daerah Jerlun ini. Sesungguhnya apa yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri sebentar lagi amat besar maknanya kepada pejabat ini dan kepada kerajaan negeri Kedah khususnya. Ini adalah kerana dalam strategi Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 banyak pendekatan-pendekatan yang digunapakai bagi merealisasikan harapan tersebut. Pengujudan daerah baru merupakan suatu pendekatan drastic kerajaan negeri dalam mempercepatkan pembangunan dinegeri Kedah ini. Oleh itu pada hari ini marilah kita bercakap tentang hal-hal yang lebih mencabar dan positif, jangan biarkan diri kita bercakap tentang hal-hal yang gelap dan pesimis terhadap setiap dasar kerajaan. Hari ini adalah hari yang terbaik dialami oleh negeri Kedah ini kerana dapat kita melancarkan operasi Pejabat Daerah Jerlun ini yang insyaAllah nanti pengujudan daerah sebenar akan menjadi kenyataan. Kita mesti bersyukur kepada Allah S.W.T. bahawa kita telah dibenarkan bersama-sama menjadikan hari ini sebagai hari yang dikenang dalam sejarah negeri Kedah ini

Tidak terlambat rasanya bagi saya mewakili penduduk di dalam daerah Jerlun ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada YAB Dato’ Seri yang mana dibawah kepimpinan nya YAB Dato’ Seri telah diberi mandat sekali lagi oleh majoriti rakyat negeri Kedah untuk mentadbir negeri Kedah dalam pilihanraya yang lalu. Kawasan disini juga menerima tempiasnya dimana kerajaan yang memerintah sekarang ini menyapu bersih ke tiga-tiga kawasan pilihanraya disini. Lebih menariknya dalam pilihanraya umum yang baru lalu kerajaan mendapat mandate yang lebih besar dan diluar jangkaan sama sekali.Saya beranggapan PTKM 2010 dan Gagasan Mesra Rakyat yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri adalah pendekatan yang paling praktikal dalam memenangi hati rakyat. Ini akan memperkukuhkan lagi segala program-program yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebenarnya Dato Seri, tercuit juga dihati ini semasa menunggu keputusan pilihanraya umum yang baru lalu…. Bermacam-macam persoalan bermain dikepala… Apa akan jadi dengan masa depan negeri Kedah ini, apa akan jadi dengan Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 ini…. Dan apa akan jadi dengan Daerah Baru yang dirancangkan dan dilaksanakan sebelum ini……. Semua ini bermain-main dikepala saya jika sesuatu diluar jangkaan berlaku….

Namun pada akhirnya ketentuan Ilahi telah termaktub dan kita bersyukur keputusan rakyat telah dibuat. Segalanya berjalan lancer dan pimpinan Negara telahpun diketahui. Di negeri Kedah sendiri kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Syed Razak telah diberi mandat dlm pilihanraya lalu..Malahan YAB Dato’ Seri telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah DA. Walau pun sebelum ini banyak spekulasi yang kita dengar siapa, siapa-siapa dan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Kedah. Semua ini menunjukkan bahawa program-program pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terutama Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 dan Gagasan Mesra Rakyat telah diterima oleh rakyat. Bukan setakat rakyat negeri Kedah sahaja yang menerima PTKM 2010 malahan Kerajaan Persekutuan juga
telah serasi dengan PTKM 2010 terutama kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mereka sendiri telah memberikan komitmen yang begitu baik bagi membantu merealisasikan matlamat PTKM 2010. semasa lawatan rasmi mereka ke Kedah baru-baru ini. Semua ini menunjukkan komitmen yang padu yang kita terima dari Kerajaan Pusat. Jadi apa lagi yang kita was-waskan ….tumpukan perhatian kita kepada pelaksanaan PTKM 2010 ini tanpa menoleh ke belakang lagi…..Untuk mencapai kejayaan dalam PTKM 2010 kita tidak boleh berhenti ditengah jalan, kita harus terus bergerak ke depan. Tujuan dan matlmat kerajaan adalah jelas, kita harus menundukkan semua kesulitan, kita harus tetap bertahan untuk tetap bertahan maju, betapa pun gelapnya hari atau betapapun besarnya penghalang.

YAB Dato’ Seri, Dato’2, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Kerajaan yang memerintah tetap sama, maka dengan itu PTKM 2010 tetap pasti akan diteruskan dan yang pentingnya pengujudan Daerah Baru tetap diteruskan sebagai salah satu strategi dan pendekatan proaktif kerajaan dibawah PTKM 2010 dalam usaha kerajaan negeri mencapai Negeri Maju 2010 seiring dengan negeri-negeri maju lainnya.

Pejabat Daerah Jerlun ini telahpun bermula secara asasnya dengan lantikan saya sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun pada 15 September 2003 dengan segala masalah dan karenah yang terpaksa dihadapi. Maklumlah sebagai peneroka awalnya sememangnya perkara ini memang dijangkakan dan banyak pengorbanan terpaksa dibuat memandangkan saya tidak dibekalkan dengan sumber-sumber kakitangan yang bersesuaian dan secukupnya pada peringkat awalnya. Segala-galanya terpaksa dilakukan sendiri dan terpaksa meminta bantuan dan kerjasama rakan-rakan dan jabatan-jabatan yang terlibat. Saya amat terharu dengan sokongan jabatan-jabatan yang membantu mempermudahkan urusan operasi PD Jerlun ini, terutamanya YB Dato. Wira SUK yang memberikan kebebasan kepada saya merancang dan merealisasikan hasrat pengujudan daerah baru ini, Dato’ Timbalan SUK Pembangunan yang banyak memberi bimbingan dan bantuan kewangan, Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) yang amat prihatin dengan masalah Pejabat ini, Dato’ Pengarah Tanah Dan Galian yang bertungkus lumus merealisasikan hasrat mengutip cukai tanah di pejabat ini, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat Negeri yang menyediakan sistem dan rangkaian computer, Dato’Pegawai Kewangan Negeri yang mempermudahkan urusan kewangan, Dan disemua peringkat dan bahagian di Wisma Darul Aman yang menguruskan urusan perjawatan, kewangan, projek dan sebagainya, Tuan Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu yang sanggup berkorban tenaga menghantar seorang kakitangannya untuk dihantar ke pejabat ini bagi membantu pengutipan cukai tanah dan lain-lain jabatan yang telah membantu pejabat ini baik secara langsung dan tidak langsung. Kerjasama yang diberikan ini amat mengharukan saya dan adalah patut pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada jabatan-jabatan berkenaan. Semua ini membuktikan bahawa program PTKM 2010 sudah diterima oleh Jabatan-Jabatan dan kalau inilah komitmen yang ditunjukkan oleh semua jabatan-jabatan yang kebanyakan bertindak proaktif dan kreatif Insya Allah YAB Dato Seri PTKM 2010 akan menjadi kenyataan.

Oleh itu betullah kata orang, seseorang itu tidak dapat disebut benar-benar berjaya , jika ia tidak suka membantu, bermurah hati dan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat/sesama manusia. Kita tidak dapat menolak fakta bahawa kecemerlangan sesuatu organisasi atau individu bergantung kepada kebiasaan kita memberi terhadap orang lain.

YAB Dato’ Seri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Pejabat ini telah mula beroperasi dengan memberikan perhatian kepada aspek-aspek pembangunan dan mempermudahkan urusan-urusan orang ramai. Sepanjang mula operasi pada awal bulan Februari Pejabat ini didatangi oleh ramai orang dari sekitar daerah ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan meminta bantuan terutama yang berkaitan dengan pembangunan. Al ham dulillah respons yang diterima dari rakyat amat memberangsangkan sekali. Begitu juga respons yang diterima dari jabatan-jabatan apabila dirujuk adalah baik sekali dimana sifat membantu sentiasa ada. Banyak isu dan masalah-masalah penduduk disini telah dapat diselesaikan.
Kita juga telahpun mulakan kutipan cukai tanah bagi daerah Kubang Pasu sejak 8.3.2004. Perkhidmatan yang diberikan ini rupa-rupanya memang dinanti-nantikan oleh rakyat disini kerana memang dari maklumbalas yang diterima pembayaran cukai tanah di Jitra memang menyusahkan mereka dan kadang-kadang ada yang terlupa nak bayar cukai tanah memandangkan masalah jauh dan tidak ada pengangkutan yang terus ke kompleks Pejabat Tanah Kubang Pasu. Jadi dengan adanya kaunter kutipan cukai tanah disini sambutan yang diterima amat baik sekali. Sehingga kelmarin 14.04.2004 lebih kurang sebulan kutipan bermula dalam keadaan promosi yang belum begitu meluas kita sudah mengutip hampir RM100,000.00. Insya Allah kalau ada yang bayar cukai hari ini mungkin boleh sampai RM100,000.00 dan kita ada hadiah untuk pembayar cukai tanah yang jumlah kita kutip RM100,000.00. Kalau tak sampai tak adalah. Kita juga dalam proses untuk membolehkan bayaran hasil air dapat dikutip di kaunter pejabat ini. Insya Allah ianya akan menjadi kenyataan dalam tempoh yang terdekat ini. Jadi saya menyeru kepada semua penduduk-penduduk disini supaya gunakanlah peluang ini untuk kemudahan kita semua. Banyak lagi yang kita boleh lakukan disini untuk kepentingan rakyat jelata. Kita akan jadikan pejabat ini pejabat yang ‘mesra rakyat’ Rakyat tidak perlu kekok berurusan dengan jabatan ini. Tidak ada sebarang protokol untuk berurusan dengan jabatan ini. Di mana perlu dan dalam kemampuan kita Insya Allah saya dan kakitangan di sini berjanji akan memberikan pertolongan kepada rakyat di sini tanpa mengira fahaman politik dan agama.. Inilah sahaja yang dapat diberikan kepada rakyat jelata disini sebagai pegawai kerajaan yang bertugas untuk agama, bangsa dan negara. Kita juga akan membantu wakil-wakil rakyat yang ada disini supaya mereka lebih mudah melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Hubungan yang baik antara Pejabat ini dengan wakil rakyat adalah amat perlu. Yang penting disini ialah rakyat yang perlu diutamakan. Kita akan masuk ke kampong-kampong dan desa-desa dalam daerah Jerlun untuk mendapatkan maklumbalas dari rakyat akan isu dan masalah berbangkit serta keperluan asasi mereka. Kita akan jalinkan hubungan yang akrab dengan penduduk disini agar mereka akan terasa yang kerajaan sentiasa dekat dengan mereka. Jika ini dapat kita semaikan Insya Allah tidak akan ada sebarang konflik yang berbangkit.

YAB Dato’ Seri, Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan.

Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kehadiran YAB Dato Seri , dan sekalian para jemputan serta sekalian rakyat jelata dikawasan sebelah sini kerana sudi hadir dalam majlis yang agak kurang selesa sedikit disebabkan tempat yang begitu sempit. Kehadiran YAB Dato’ Seri, dan sekalian para jemputan amat menggembirakan kami semua dan memberikan semangat yang lebih tinggi untuk sama-sama dengan pimpinan negara dan negeri melaksankan setiap dasar yang diperkenalkan.. Saya tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan-Jabatan dan orang-orang persendirian yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang mengendalikan program yang besar maknanya ini. Antara yang boleh saya sebutkan disini ialah Semua Bahagian di Pejabat SUK, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kedah, Pejabat Daerah Kubang Pasu,Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Kubang Pasu, Rela yang secara sukarela tampil menghulur bantuan tenaga, JKKK yang sentiasa bertanya khabar dan kadang-kadang jemput pi makan tengahari dirumah, Jabatan Penerangan yang banyak memberikan idea dan promosi majlis ini, Pihak Kemas Parlimen Jerlun yang boleh terima apa saja tugas jika diberi, Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu, Pihak Polis yang tidak pernah menolak tugas yang diberi, orang-orang perseorangan dan sekalian yang terlibat membantu majlis ini samaada secara langsung ataupun tidak langsung.

Sekiranya ada kesilapan tutur kata sepanjang ucapan saya ini yang menyinggung perasaan dan hati dan juga ketidakselesaan sepanjang majlis ini berjalan saya memohon ampun dan maaf. Semuanya ini adalah kelemahan saya sendiri dan jika ada kebaikannya itu semua adalah anugerah Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih
Wasssalam




DRAF UCAPAN
YAB DATO’ SERI SETIA DIRAJA DATO’ SERI HJ. SYED RAZAK SYED ZAIN, MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN DI MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN PADA 15 APRIL 2004 DI AYER HITAM, JERLUN

(Disediakan oleh Mohd Asri Redha)

UCAPAN SALAM
PENGHORMATAN TETAMU VVIP/VIP

SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA PENGANJUR MAJLIS INI YANG TELAH MENJEMPUT SAYA KE MAJLIS INI DAN MERASMIKAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN INI.

SESUNGGUHNYA HARI INI ADALAH HARI YANG AMAT BERSEJARAH KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN PENDUDUK DIDAERAH INI KERANA DENGAN TERLANCARNYA OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN INI MAKA SAMPAILAH HASRAT KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN DENGAN LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT.

SEJAK DARI AWAL LAGI SAYA MENGAMBIL ALIH JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH INI PERKARA PENGUJUDAN DAERAH BARU INI MENJADI PERHATIAN UTAMA SAYA DAN KEBETULAN PULA DENGAN MENGAMBIL KIRA PELAN TINDAKAN KEDAH MAJU 2010 MAKA SAYA TIDAK RAGU-RAGU UNTUK MENGUMUMKAN HASRAT CADANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENGUJUDKAN 3 DAERAH BARU DINEGERI KEDAH INI IAITU DAERAH MERBOK, DAERAH KUALA KETIL DAN DAERAH JERLUN DAN SATU LAGI DAERAH YANG TELAH MULA BEROPERASI IAITU DAERAH POKOK SENA.

SAYA JUGA SEDAR CADANGAN INI PADA MULANYA TIDAK BEGITU DIYAKINI OLEH RAMAI ORANG DAN MALAHAN KADANG-KADANG TIMBUL KATA-KATA SINIS YANG YANG TIDAK BEGITU BERSETUJU DENGAN CADANGAN INI. SUNGGUHPUN BEGITU SAYA BEGITU BERKEYAKINAN YANG PENUBUHAN DAERAH BARU AMAT PENTING JIKA SEKIRANYA KITA HENDAK MERUBAH DARI KEADAAN YANG SEDIA ADA SEKARANG INI KEPADA YANG LEBIH BAIK DAN CEMERLANG.

KITA PERLU BERANI MEMBUAT PERUBAHAN DAN BERTINDAK DENGAN LEBIH KREATIF DAN PROAKTIF.

KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI ADALAH KERAJAAN YANG BUAT KERJA. PENTADBIRAN NEGERI KEDAH ADALAH SEPERTI ALA ‘PENYU’ BUAT KERJA SECARA SENYAP-SENYAP TETAPI BERKESAN. TIDAK SEPERTI AYAM, BERTELOR SEBIJI RIOH SEKAMPONG , BERBANDING DENGAN PENYU DALAM SENYAP-SENYAP IA BERTELOR BERPULUH-PULUH BIJI.

SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YB DATO’ WIRA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KERANA TELAH MENGAMBIL DAYA USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEREALISASIKAN HARAPAN DAN CITA-CITA KERAJAAN UNTUK MENGUJUDKAN SEBUAH DAERAH BARU DIKAWASAN SEBELAH SINI. BELIAU IBARAT PEMAIN SEPAKTAKRAW APA YANG SAYA HUMBANKAN MAKA MENJADI

TANGGUNGJAWAB BELIAU UNTUK MENYEPAK DENGAN SEBAIK MUNGKIN SUPAYA MENEPATI SASARAN YANG DITETAPKAN.

WALAUPUN PENGUJUDAN DAERAH BARU DI SINI TIDAK LAGI/BELUM LAGI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN KERAJAAN PUSAT TETAPI KERAJAAN NEGERI/SAYA BERPANDANGAN SOAL PENGIKTIRAFAN BUKAN ISU UTAMA.

KERAJAAN NEGERI BERPANDANGAN BAHAWA KALAU HENDAK MENUNGGU KAWASAN INI MAJU DULU BARU HENDAK DIRANCANG DAERAH BARU SAMPAI BILAPUN SAYA RASA IANYA TIDAK BERLAKU/KESAMPAIAN.

KERAJAAN LEBIH MEMENTINGKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. DIMANA YANG BOLEH DAN DALAM KEMAMPUAN KERAJAAN NEGERI, KITA AKAN LAKSANAKAN DULU. URUSAN PENGIKTIRAFAN KITA AKAN BERFIKIR KEMUDIAN.

KITA TETAP AKAN MOHON BERTERUSAN SAMAADA MENEPATI KRITERIA ATAU TIDAK.

SAYA RASA PENDEKATAN YANG KITA BUAT INI ADA KESANNYA, KERANA INI MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN KERAJAAN NEGERI DAN SELALUNYA BILA ADA KESUNGGUHAN YANG TELAH DITUNJUKKAN MAKA MUDAHLAH KERAJAAN PUSAT UNTUK MEMBERI KELULUSAN.

PENDEKATAN INI TELAHPUN KITA AMALKAN SEMASA KITA MEMOHON MAJLIS PERBANDARAN KOTA SETAR DINAIKKAN TARAF KEPADA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR. DAN KITA TELAH BERJAYA WALAUPUN ADA BEBERAPA KRITERIA YANG TIDAK DAPAT DIPENUHI UNTUK DIIKTIRAF SEBAGAI BANDARAYA.

YANG PENTINGNYA DISINI IALAH BAGAIMANA KITA MENGEKSPLOTASI SUMBER YANG KITA ADA UNTUK KITA JADIKAN SEBAGAI ALASAN YANG KUKUH DALAM MEMOHON SESUATU PERKARA ATAU PROJEK.

OLEH SEBAB ITULAH KERAJAAN NEGERI TELAH BERTINDAK LEBIH PROAKTIF LAGI DENGAN MERANCANGKAN PENGUJUDAN DAERAH BARU SEPERTI DI JERLUN INI.

INI ADALAH MERUPAKAN SATU STRATEGI KERAJAAN DALAM USAHA MEMPERCEPATKAN LAGI PEMBANGUNAN DI KAWASAN JERLUN INI.

KERAJAAN SEDAR KAWASAN DISEBELAH SINI AGAK KETINGGALAN SEDANGKAN IANYA AMAT BERPOTENSI DIMAJUKAN MEMANDANGKAN TERDAPAT JALAN UTAMA DARI ALOR SETAR KE KANGAR/PERLIS.

DISAMPING ITU JERLUN MENJADI PINTU MASUK DARI PERLIS KE KEDAH. OLEH ITU JIKA ADA PEJABAT DAERAH DAN LAIN-LAIN JABATAN YANG TERSENDIRI DI DAERAH INI MAKA MUDAHLAH PERANCANGAN DIBUAT UNTUK MEMBANGUNKAN KAWASAN-KAWASAN DISEBELAH SINI.
PADA MASA YANG SAMA RAKYAT JUGA AKAN MENDAPAT MANAFAATNYA APABILA KAWASAN INI MEMBANGUN.

INILAH YANG DIKATAKAN PELAN TINDAKAN KEDAH MAJU 2010. SETIAP ASPEK DIAMBIL KIRA DALAM MEMBANGUNKAN NEGERI KEDAH INI.

BANYAK PENDEKATAN LAIN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DALAM MENCAPAI KEDAH MAJU 2010.

ANTARANYA MELALUI PENDEKATAN SEKTOR PERTANIAN, PELANCUNGAN, INDUSTRI, PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA.

SEBAB ITU BAGI MEMASTIKAN PEMBANGUNAN LEBIH SEIMBANG DAN MENYELURUH DISELURUH NEGERI KEDAH MAKA KERAJAAN BERSETUJU MENJADI PENUBUHAN DAERAH BARU SEBAGAI SALAH SATU STRATEGI ATAU PENDEKATAN YANG DIRASAKAN SESUAI DALAM KONTEK NEGERI KEDAH INI..

GAGASAN MESRA RAKYAT YANG DIAMALKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SEKARANG INI AMAT MENEPATI DENGAN AGENDA PENUBUHAN DAERAH BARU.

DALAM APA PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT ADALAH MENJADI KEUTAMAAN KERAJAAN.

SEBAB ITULAH APABILA KERAJAAN NEGERI MELANCARKAN PTKM 2010 PENGUJUDAN DAERAH BARU ADALAH MERUPAKAN SEBAGAI SALAH SATU ALAT ATAU STRATEGI BAGI MEMBANGUNKAN RAKYAT DENGAN LEBIH SEIMBANG LAGI.

ADANYA DAERAH BARU AKAN MEMBOLEHKAN RAKYAT MENDAPAT PERKHIDMATAN SECARA LANGSUNG DARI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS DI SINI.

MEREKA INI SEMUA ADALAH KAKITANGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUBUNG ANTARA RAKYAT DENGAN KERAJAAN.

OLEH ITU TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN JANGANLAH RAGU-RAGU UNTUK DATANG KE SINI BAGI MENDAPATKAN APA-APA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI SINI.

SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN INI DAN SEMEMANGNYA SAYA MENYEDARI BAHAWA TANPA KERJASAMA SEMUA PIHAK TIDAK MUNGKIN IANYA MENJADI KENYATAAN.

KERJASAMA YANG TERJALIN ERAT ANTARA PEMIMPIN DAN PEGAWAI KERAJAAN MEMANG TELAH SAYA AKUI AMAT BAIK SEKALI DINEGERI KEDAH INI.

DASAR-DASAR YANG KERAJAAN RANCANG TELAH DITERJEMAH DALAM BENTUK PELAKSANAAN DENGAN BEGITU BAIK SEKALI DAN KADANG-KADANG MELEBIHI DARI APA YANG SAYA HARAPKAN.

INI AMAT MENGGEMBIRAKAN SAYA SEKALI.

YANG PENTING DISINI IALAH HUBUNGAN BAIK PERLU DIKEKALKAN DAN DIAMALKAN SELALU.
KUTIPAN CUKAI TANAH YANG HAMPIR MENJANGKAUI RM100,000.00 DALAM TEMPOH SEBULAN ADALAH MENUNJUKKAN KITA TELAH BERJAYA DARI SUDUT INI UNTUK MEMUDAHKAN RAKYAT JELATA DI SINI


MEMBAYAR CUKAI DITEMPAT MEREKA SENDIRI TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH UNTUK PERGI KE JITRA BAGI MELANGSAIKAN CUKAI TANAH TAHUNAN MASING-MASING.

SAYA JUGA TELAH MENGARAHKAN SEMUA JABATAN/ AGENSI KERAJAAN YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DIKAWASAN SEBELAH INI SUPAYA MULA MENGGERAKKAN OPERASI MEREKA DISINI SECARA LEBIH KHUSUS SAMA ADA DENGAN MENGUJUDKAN PEJABAT BARU DISINI ATAU MENUBUHKAN CAWANGAN KHUSUS DIKAWASAN SEBELAH SINI.

INI AMAT PENTING KERANA SETAKAT PEJABAT DAERAH JERLUN SAHAJA YANG BEROPERASI DISINI SAYA RASA KURANG BERKESAN KERANA IANYA PERLU ADA PELENGKAPNYA DARI JABATAN-JABATAN LAIN LAGI YANG BEROPERASI DISINI.

DENGAN ADANYA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DISINI MAKA AKAN LEBIH BERMAKNA LAGI PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN DAN MEMPERCEPATKAN LAGI PEMBANGUNAN. SETIAP DAERAH JUGA KENA ADA MASTER PLAN YANG TERSENDIRI SEPERTI DI JERLUN JADIKAN ‘ JERLUN MAJU 2010’ AGAR APA YANG DIRANCANG DISINI SELARI DENGAN DASAR KERAJAAN NEGERI. INI PENTING DENGAN ADANYA PERANCANGAN SEPERTI INI MUDAH BAGI KERAJAAN MEMBUAT APA-APA PEMBANGUNAN BERASASKAN PELAN TINDAKAN YANG DIUJUDKAN. SAYA MENCADANGKAN SUPAYA DI JERLUN INI JUGA PERLU ADA INDUSTRI ASAS TANI. INI KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PERTANIAN TELAH MEMBERI PERHATIAN YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBANTU GOLONGAN PETANI SUPAYA MELALUI CARA INI AKAN DAPAT MENINGKATKAN LAGI TARAF EKONOMI MEREKA.
SAYA JUGA DIFAHAMKAN TADI ADA JUGA KALANGAN PESERTA PUSAT KHIDMAT NEGARA YANG MENGHADIRI MAJLIS INI.

MEREKA INI SAYA UCAPKAN SELAMAT MENGIKUTI KURSUS INI DAN PENDEDAHAN MEREKA DENGAN MAJLIS-MAJLIS SEPERTI INI MERUPAKAN PENGALAMAN YANG JARANG DIPEROLEHI.

MELALUI MAJLIS-MAJLIS SEPERTI INI SAUDARA-SAUDARI TAHU AKAN PROGRAM DAN PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI YANG SENTIASA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMAJUKAN RAKYAT.

KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI ADALAH KERAJAAN YANG SENTIASA MEMENTINGKAN KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.

SAYA BERHARAP MELALUI KURSUS YANG SAUDARA-SAUDARA HADIRI SEPANJANG 3 BULAN INI AKAN MENINGKATKAN LAGI SEMANGAT JATI DIRI DAN KEYAKINAN DIRI UNTUK MENGHADAPI DUNIA YANG LEBIH MENCABAR INI AGAR MENJADI RAKYAT YANG BERGUNA KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA INI..

JANGAN JADI SEPERTI SEBAHAGIAN DARI RAKAN-RAKAN KITA YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA-GEJALA SOSIAL, MASALAH PENAGIHAN DAN PENGEDARAN DADAH, PONTENG, MAKSIAT, GANGSTER DAN SEBAGAINYA.

MEMANG INI MENJADI SAMPAH MASYARAKAT DAN TIDAK BERGUNA LANGSUNG KEPADA NEGARA. MALAHAN KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN UNTUK MEMBIAYAI KOS RAWATAN DAN PENCEGAHAN.

TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN PADA HARI INI KERANA TELAH BERJAYA MENGADAKAN MAJLIS INI DENGAN SEMPURNYANYA WALAUPUN TADI TUAN KPSU(PEMBANGUNAN) DAERAH KECIL JERLUN BAGI TAHU TERPAKSA BUAT KERJA DENGAN SEGALA KEKURANGAN.

SAYA AMAT YAKIN DENGAN KEMAMPUAN PEGAWAI-PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH KERANA MEREKA MEMANG TELAH TERLATIH UNTUK MENGHADAPI APA SAHAJA SITUASI.

DENGAN PENGALAMAN YANG MEREKA ADA DAN JUGA DENGAN HUBUNGAN YANG BAIK PEGAWAI KCS DENGAN LAIN-LAIN JABATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN SAYA TIDAK RAGU-RAGU DAN BIMBANG KERANA PADA AKHIRNYA SEGALANYA BISA DIATUR DAN BOLEH DISELESAIKAN.

DENGAN KALIMAH SUCI BISMILILLAAH HIRRAHMAANIRRAHIIMM SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN OPERASI PEJABAT DAERAH JERLUN INI.

SEKIAN TERIMA KASIH…

Thursday, August 27, 2009

TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI SEKTOR AWAM DI MALAYSIA.



Susunan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman



1. PENGENALAN

1.1 Kemunculan era teknologi maklumat (IT) telah menjadikan ia sebagai penyumbang utama kepada kejayaan negara dalam persaingan diperingkat global. Teknologi Maklumat telah diakui sebagai satu kaedah atau teknologi penggerak yang paling strategik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara Malaysia disamping dapat meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Berikutan itu kerajaan mula memberikan perhatian yang berat terhadap infrastruktur teknologi maklumat ini dalam Rancangan Malaysia ke 6, di mana pelaburan yang besar telah disalurkan bagi menyediakan infrstruktur asas teknologi maklumat.. ini adalah sebagai langkah awal kearah menubuhkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang canggih.

1.2 Kerajaan mulai sedar betapa dalam usaha meningkatkan produktiviti sektor awam, tumpuan perlulah diberikan kepada sistem dan teknologi kerja yang moden dan berkesan. Peningkatan produktiviti dalam sektor awam bukan sahaja dilihat dari segi kuantiti/jumlah bilangan atau perkhidmatan yang dihasilkan tetapi juga hendaklah dilihat dari segi kualiti atau mutu barangan atau perkhidmatan tersebut. Dalam hal ini juga kerajaan menyedari bahawa teknologi maklumat adalah juga merupakan satu instrumen yang penting yang boleh membantu dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan produktiviti jabatan .Tenaga kerja sektor awam akan lebih berminat dan selesa bekerja dengan alat-alat kelengkapan yang bersesuaian dan sistem-sistem teknologi maklumat yang lengkap dengan kelengkapan perisian yang terkini.

1.3 Kertas kerja ini hanya akan membincangkan bagaimana faktor ‘Kemajuan Teknologi Maklumat’ memainkan peranan yang penting dalam peningkatan produktiviti sektor Awam di Malaysia. Sebenarnya ada banyak faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan produktiviti iaitu usaha-usaha memodenkan peralatan pejabat, usaha-usaha menambahbaik sistem dan prosedur, faktor manusia, struktur dan organisasi, ‘style’ pengurusan, persekitan kerja, serta sistem penyelenggaraan yang berkesan.

2 KONSEP PRODUKTIVITI

2.1 Produktiviti secara amnya bolehlah didefinasikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Sebagai contohnya output yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah Dan Galian ialah pengeluaran surat hakmilik, kelulusan ubah jenis kegunaan tanah, kutipan cukai tanah, lesen pendudukan sementara dan sebagainya. Begitu juga dengan Jabatan Imigresen Malaysia salah satu outputnya ialah pasport antarabangsa yang dikeluarkan, manakala Jabatan Pendaftaran Negara outputnya ialah Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Kerakyatan dan sebagainya. Input pula ialah sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan output. Sumber-sumber tersebut ialah seperti bahan-bahan,peralatan kerja, manusia, bahan-bahan dan sebagainya.

2.2 Dengan lain perkataan produktiviti ialah konsep yang menjelaskan perhubungan diantara keluaran yang dihasilkan oleh sesebuah jabatan atau organisasi dengan input yang digunakannya.

2.3 Konsep produktiviti sering dikaitkan dengan konsep kecekapan, keberkesanan dan kualiti. Perkaitan diantara kuantiti output yang sebenarnya dihasilkan dengan kuantiti yang menjadi matlamat sesebuah jabatan. Peningkatan Produktiviti merupakan satu proses penambahbaikan yang berterusan dan perubahan itu menjadi asas baginya. Perubahan tersebut meliputi 4 aspek iaitu:- Peningkatan dalam kualiti barangan atau perkhidmatan, peningkatan kepada kuantiti barangan yang dikeluarkan, pengurangan tempoh masa bagi mengeluarkan output dan akhirnya pengurangan kos operasi.

2.4 Sekiranya kuantiti output yang dihasilkan itu menyamai matlamat yang dikehendaki maka jabatan itu dikatakan berkesan kerana telah berjaya mencapai matlamatnya. Untuk mencapai tahap keberkesanan tersebut jabatan perlu produktif . Dalam kontek inilah produktiviti dan keberkesanan dikatakan dua konsep yang saling kait mengait. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam kualiti termasuklah perkhidmatan yang cepat atau mengurangkan masa, boleh dipercayai, tiada kesilapan, perkhidmatan bersopan santun, mementingkan keselamatan, kurang kos dan sebagainya.

2.5 Keupayaan sesebuah jabatan/pejabat mempertingkatkan produktivitinya adalah bergantung kepada sejauh mana ia dapat menyempurnakan proses transformasi input-input pengeluaran seperti teknologi maklumat dengan cekap. Semakin cekap proses ini maka semakin tinggilah produktiviti kerana input-input tersebut dapat digunakan secara efisien dan optimum. Dalam kontek keperluan kertas kerja ini ialah bagaimana jabatan itu mengeksploitasi sepenuhnya teknologi maklumat secara optima..


3. PERKAITAN ANTARA TEKNOLOGI KOMPUTER, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI.


3.1 Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini salah satu faktor utama yang mempengaruhi produktiviti sektor awam / jabatan ialah faktor penggunaan teknologi moden dalam pentadbiran. Melalui penggunaan teknologi , sesetengah proses kerja dapat diautomasi atau dimekanisasikan. Dengan cara ini banyak kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih cepat, murah, kurang menggunakan tenaga manusia, diisamping dapat meningkatkan kualitinya. Selain dari itu sesetengah kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia secara manual telah dapat dipindahkan kepada mesin untuk melaksanakannya. Contohnya percetakkan bil, penyediaan bil, resit kutipan hasil, surat notis standard, pengeluaran borang-borang rasmi yang seragam dan sebagainya.

3.2 Program automasi pula khususnya yang berasaskan komputer bolehlah ditumpukan kepada pengendalian atau pengurusan ‘teknologi maklumat’. Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ini merupakan satu istilah yang amat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan p-pemprosesan maklumat. Secara tepat menggunakan computer digital dan perisian system computer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Sebab itulah IT ini amat berkaitan juga dengan komunikasi. Oleh itu selalunya Teknologi Maklumat (Information Technology) disebut juga Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Techology) . . Dalam hal ini maka teknologi komputer amat berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kedua-duanya saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Oleh itu perbincangan dalam kertas ini akan membincangkan dalam kontek teknologi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi seiringan.

3.3 Untuk memudahkan pemahaman, teknologi maklumat boleh dipecahkan kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan perbincangan dalam kertas ini. Komponen tersebut ialah teknologi, organisasi dan pengguna .

3.3.1 Teknologi merujuk kepada perkakasan, perisian dan system telekomunikasi yang digunakan didalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan computer seperti Unit Pemprosesan Pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD) , papan kekunci, tetikus dan sebagainya yang amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian computer ialah seperti sistem operasi yang popular seperti Linux, Unix, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti Open Office atau Microsoft Office serta perisian internet seperti peluncur web Netscape, Mozilla, Navigator, safari, internet explorer serta lain-lain lagi memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat . Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Sistem telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting dalam pembangunan teknologi maklumat keraja ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi diseluruh dunia seperti internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti protokol atau senibina telekomunikasi (TCP/IP, OSI dsb), teknologi telekomunikasi/rangkaian (ATM, 3 G, SMS, MMS, Bluetooth dsb) dan teknologi Media Penghantaran (wayar tembaga, gentian optic, gelombang mikro, radio dan satelit .)

3.3.2 Organisasi pula merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan. Ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeda.. Diperingkat tahap strategik ianya lebih kepada CEO/Ketua Jabatan tersebut (Sistem Maklumat Eksekutif), tahap Taktikal pula lebih kepada pengurus/pengarah pertengahan/bahagian (Sistem Maklumat Pengurusan) dan tahap Operasi pula tumpuan kepada peringkat bawahan kakitangan biasa seperti juruwang dan sebagainya(Sistem Pemprosesan Transaksi)

3.3.3 Pengguna merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna sistem yang tidak mentadbir system tersebut ialah seperti pemegang akaun bank, kerani, juruwang, pengurus, orang awam dan sebagainya. Manakala pentadbir teknologi maklumat ialah seperti juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juruanalisa system, pengaturcara program dan seumpamanya.Pemahaman kepada konsep dan istilah-istilah di atas amat penting dalam memahami bagaimana teknologi maklumat dan telekomunikasi boleh mempengaruhi peningkatan produktiviti sektor awam.

4. KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI SEKTOR AWAM : SATU PEMERHATIAN DIBEBERAPA SEKTOR AWAM YANG TERPILIH

4.1 Penggunaan IT dalam sektor awam tertumpu kepada usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta memperbaiki mutu perkhidmatan awam. Kerajaan telah menumpukan secara giat berkenaan penggunaan IT dalam pentadbiran dalam Rancangan Malaysia ke 6. Lebih RM1.6 billion telah diperuntukkan dalam bidang IT untuk maksud mempercepatkan hasrat dan matlamat meningkatkan produktiviti. Kerajaan telah mengambil pendirian dan langkah yang tepat apabila memberi perhatian kepada teknologi maklumat dengan mengujudkan Koridor Raya MultiMedia (MSC) dikawasan pembangunan Putrajaya.

4.2 Dengan perubahan yang begitu agresif dalam teknologi maklumat, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan tersebut. Penyediaan infrastruktur asas IT yang canggih dan terkehadapan membolehkan Malaysia boleh menerima perkembangan tersebut tanpa masalah. .

4.3 Penulis telah membuat penelitian dan kajian sepintas lalu terhadap beberapa jabatan/pejabat yang telah melaksanakan sepenuhnya Teknologi Maklumat Berkomputer dijabatan masing-masing dan bagaimana ianya telah memberikan faedah yang maksima kepada pelanggan akibat peningkatan produktiviti hasil penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Terdapat perbedaan yang begitu ketara output yang dikeluarkan jika dibandingkan dengan sebelum ini yang tidak menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat. Penulis akan memaparkan kejayaan peningkatan produktiviti sektor awam dalam bentuk kes-kes dibeberapa jabatan yang sempat dikenalpasti dalam tempoh yang amat singkat ini.

4.4 Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) adalah merupakan jabatan yang paling sibuk dengan bilangan pelanggan yang semakin ramai setiap hari. Ini berikutan perkembangan pesat dalam ekonomi negara membolehkan rakyat berbelanja besar dalam sektor pengangkutan. Sebelum ini penggunaan sistem secara manual banyak memberi masalah kepada pengguna apatah lagi jika ianya melibatkan pertukaran maklumat-maklumat dari negeri lain seperti pertukaran hakmilik kenderaan dan sebagainya. Begitu juga dengan pembaharuan cukai jalan dan insuran dan sebagainya banyak menimbulkan masalah. Setiap satu urusan berkaitan dengan JPJ mengambil masa yang begitu lama. Memandangkan masa yang diambil begitu lama maka banyak berlaku penyelewengan dan unsur-unsur rasuah dalam pentadbiran JPJ. Ini kerana ada pelanggan yang memerlukan kesegeraan urusan diselesaikan dan tidak dapat tidak terpaksa mengumpan kakitangan-kakitangan yang terlibat disetiap peringkat dengan habuan-habuan yang lumayan untuk membolehkan permohonan mereka diproses dengan cepat. Sebab itulah tidak hairan satu ketika dulu JPJ merupakan jabatan yang agak ketara dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

4.4.1 Penggunaan komputer dan teknologi maklumat yang diperkenalkan di JPJ sejak awal tahun 1980 dan telah dipertingkatkan dari masa kesemasa telah memberi kesan yang amat ketara terhadap perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggannya. Melalui system Pendaftaran Pemandu dan Kenderaan, Sistem Perkhidmatan Pelesenan dan Saman yang dilancarkan pada tahun 1997. Ianya telah meningkatkan kecekapan dan produktiviti dari segi mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat. Sistem ini telah menyediakan perkhidmatan melalui pelbagai saluran penyampaian (multi delivery channel) secara elektronik kepada orang awam. Perkhidmatan telah disampaikan melalui pelbagai saluranb seperti kiosk, ‘interactive voice response’, telefon dan perkhidmatan internet melalui web TV dan computer peribadi. Hasil daripada itu JPJ telah dapat mengelakkan pendaftaran baru bagi kenderaan yang dicuri, mengesan dokumen impot palsu serta lain-lain dokumen dengan cepat. Ini telah dapat meningkatkan penyelewengan dan meningkatkan hasil Kerajaan Persekutuan. Lebih banyak kaunter telah dibuka dengan jumlah kakitangan yang sama. Ini telah mengurangkan masa menunggu kepada orang awam. Pembayaran cukai jalan dan insuran juga telah menjadi lebih mudah dan kurang karenah dimana semua pembayaran insuran dibuat secara on-line sahaja dan pemilik kenderaan hanya perlu membawa geran hakmilik kenderaan sahaja ke JPJ.

4.4.2 Kecanggihan teknologi maklumat yang dilaksanakan oleh JPJ membolehkan ianya disambungkan secara on-line dengan Jabatan Polis dan operator telekomunikasi bagi membolehkan seseorang pesalah trafik mengetahui status kesalahan trafiknya melalui telefon mudah alih. Pembayaran saman juga boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ dengan kecanggihan teknolog maklumat yang digunapakai.

4.4.3 Pada umumnya sejak kebelakangan ini pengguna/pelanggan lebih berpuashati dengan adanya sistem teknogi maklumat yang berkesan yang diperkenalkan dalam pengurusan JPJ. Pada masa yang sama gejala-gejala rasuah telah dapat dikurangkan kerana segala proses telah dipercepatkan dan ada sebahagian daripada aktiviti JPJ boleh dibuat di Pejabat Pos seluruh negara. JPJ juga telah dapat mengurangkan masa menunggu untuk mengetahui keputusan ujian memandu kenderaan dari 2 minggu kepada 1 hari sahaja dengan ‘Sistem Adilkap’ yang diperkenalkan. Semuanya ini kerana sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih telah memberi kemudahan dan kesenangan kepada jabatan dan pengguna. Bagi mempertingkatkan lagi produktiviti JPJ kerajaan telah melancarkan ‘kad pintar pelbagai guna’ dimana didalamnya salah satu aplikasi yang dimuatkan ialah berkenaan Lesen Memandu Kenderaan Bermotor. Dengan kad ini pengguna dapat berurusan dimana sahaja jabatan yang mengambil bahagian seperti di Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen dan sebagai pilihan kad ini juga boleh menjadi kad wang elektronik yang boleh diguna di ‘Automatic Teller Machine’. Walau bagaimanapun perkhidmatan ini belum lagi menyeluruh dan masih lagi di Lembah Kelang . Walau bagaimanapun sudah boleh digambarkan bagaimana mudahnya teknologi maklumat yang dibangunkan ini memberi keuntungan kepada rakyat sebagai pengguna samaada dalam bentuk masa yang singkat, pengurangan kos, mengurangkan tekanan, tidak perlu bersusah-susah ke jabatan berkenaan dan sebagainya.

4.5 Jabatan Pertanian telah memulakan Sistem Pemetaan Berkomputer sejak tahun 1981 dan telah di pertingkatkan dari masa kesemasa sesuai dengan perubahan teknologi maklumat terkini. Begitu juga pada tahun 1984 telah mengujudkan Sistem Maklumat Pertanian.

4.5.l Melalui sistem ini semua maklumat gunatanah dan tanah-tanah telah dimasukkan dalam komputer. Sistem ini telah dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pengeluaran peta, dimana ianya telah dapat mengurangkan masa untuk mendapatkan maklumat peta dari 3 bulan sebelum ini kepada kurang 9 jam sahaja.

4.5.2 Sistem Maklumat Perancangan dan Pembangunan iaitu salah satu dari Sistem Maklumat Pertanian telah dapat menyimpan hampir sejuta petani di Semenanjung Malaysia. Daripada sistem ini pihak jabatan telah dapat mengenalpasti maklumat hampir 200,000 orang petani yang termiskin dan data-data ini dapat digunakan oleh agensi-agensi pusat bagi menggubal program untuk membantu petani-petani tersebut. 4.5.3 Pada tahun 1995 Kementerian Pertanian juga telah melancarkan sistem AGROLINK bagi menyediakan data dan maklumat lengkap dan menyeluruh mengenai sektor pertanian. Melalui sistem ini lebih ramai pengguna/pelanggan dari berbagai kepentingan dalam sektor pertanian boleh akses masuk untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dasar-dasar pertanian, peraturan dan sebagainya untuk perancangan yang lebih tepat selaras dengan Dasar Pertanian Negara.

4.6 Pemantauan ke atas pelaksanaan sesuatu projek adalah penting untuk menjamin kelancaran pelaksanaan projhek berkenaan. Terdapat 2 tujuan asas kenapa pemantauan projek perlu dilakukan iaitu untuk menyelesaikan masalah yang ujud dan yang bakal dihadapi supaya jadual pelaksanaan projek tidak terjejas dan untuk perancangan masa depan yang lebih baik dan menyeluruh.

4.6.1 Walau bagaimanapun disebabkan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan semakin bertambah sehingga berbilion Ringgit Malaysia setiap tahun, proses-proses kerja dipelbagaikan dan bertambah canggih serta perancangan yang semakin rumit dan mencabar maka suatu sistem pengurusan projek perlu disediakan. Sebab itu pihak Kerajaan telah membangunkan ‘Sistem Pemantuan Projek II (SPPII)’ untuk memenuhi keperluan terkini. Sistem ini merupakan salah satu daripada lima projek perintis dibawah aplikasi perdana Kerajaan Elektronik yang bertujuan untuk mempertingkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada orang awam dan sector swasta.

4.6.2 Dengan sistem PMS II ini telah dapat membantu agensi-agensi kerajaan didalam proses perancangan strategic dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Ini kerana keupayaan sistem ini dalam aspek menyimpan data dan maklumat, keupayaan menganalisa arah tuju kemajuan projek dan ramalan bagi setiap peringkat pelaksanaan projek serta menyediakan kemudahan untuk menjana laporan mengikut keperluan agensi masing-masing. Sistem ini juga membolehkan agensi membuat analisa status pelaksanaan projek dan unjuran potensi masalah yang mungkin timbul dan dengan demikian, persedian awal dapat dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.

4.6.3 Oleh itu peningkatan produktiviti amat ketara kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan lebih 470 buah agensi-agensi pelaksana yang menggunakan sistem ini untuk Pemantauan dan Penilaian Projek yang sedang dilaksanakan. Kejayaan sistem yang diamalkan ini telah menarik minat beberapa negara seperti seperti Brunei, Fiji, Sri Lanka, Bhutan untuk turut sama melaksanakan rancangan pengkomputeran serupa dalam urusan pembangunan kerajaan masing-masing. Berbanding dengan pendekatan sebelum ini pemantauan dibuat secara manual laporan berkala dan mengambil masa untuk penyampaian laporan ke peringkat atasan seperti di ICU.. Tindakan pembetulan dan mengatasi masalah-masalah yang berbangkit semasa pelaksanaan dapat diambil dengan segera berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam sistem PMS tersebut. Sistem yang dilaksanakan ini telah berjaya meningkatkan produktiviti melalui pelaksanaan projek yang lebih berkesan, cepat dan terkawal.

4.7 Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu pangkalan data Kerajaan yang dinamakan ‘Civil Service Link (CSL)’ pada tahun 1994. Ianya telah banyak membantu Perkhidmatan Awam meningkatkan keupayaannya mempelbagai dan memperluaskan penyebaran maklumat Kerajaan secara elektronik. Walau bagaimanapun dengan penggunaan internet yang semakin meluas dan kesungguhan jabatan/agensi-agensi kerajaan mengadakan laman web masing-masing, keupayaan CSL telah dipertingkatkan dan konsepnya diubah supaya sesuai dengan perkembangan tersebut. Dengan itu satu sistem penyebaran maklumat baru yang diberi nama Malaysia Civil Service Link (MCSL) telah diwujudkan.

4.7.1 Dibawah konsep ini MCSL dijadikan sebagai gerbang atau pintu masuk (gateway) utama yang membolehkan pengguna mengakses secara dalam talian (on-line) maklumat yang disediakan melalui laman web agensi-agensi kerajaan.. Dengan gerbang utama ini lebih banyak maklumat dapat diperolehi oleh jabatan-jabatan kerajaan maupun oleh rakyat dan pengguna seluruh dunia. Kerajaan dengan lebih mudah menyampaikan apa-apa sahaja maklumat dan perkembangan terkini mengenai dasar-dasar dan peraturan terkini kerajaan. Dengan cara ini produktiviti jabatan dapat dipertingkatkan melalui penyampaian maklumat yang berkesan secara MCSL ini.

4.8 Pengenalan ‘E-Syariah’ sebahagian daripada projek Kerajaan Elektronik adalah merupakan satu system pengurusan kes yang bersepadu yang telah mengintegrasikan semua proses yang terlibat didalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah .

4.8.1 Sebanyak 106 buah Mahkamah Syariah yang terletak di 102 lokasi diseluruh Malaysia akan dipasang dengan system ini. ‘Sistem E-Syariah’ telah membawa perubahan yang besar kearah peningkatan produktiviti jabatan Syariah. Dengan system ini ia akan memperkemaskan pengurusan kes disamping dapat menyeragamkan proses pengendalian pendaftaran Peguam Syarie. Urusan harian pejabat dapat dipertingkatkan melalui penggunaan Sistem Automasi Pejabat manakala Sistem Pengurusan Perpustakaan Jabatan Syariah Malaysia dan Jabatan Syariah Negeri mempermudahkan proses memesan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan untuk rujukan para Hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah.

4.8.2 Melalui ‘Portal E-Syariah’ ianya menjadi gerbang maklumat yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan anggota Mahkamah Syariah untuk mendapatkan maklumat mengenai peraturan dan prosidur mahkamah, peraturan terkini serta membuat pertanyaan mengenai status kes. Pengiraan Faraid juga dibuat secara elektronik dan automatic. Sebelum ini setiap Mahkamah Syariah tidak mempunyai rangkaian perhubungan antara satu sama. Kalau ada hanya setakat penggunaan telefon dan surat-menyurat rasmi. Dengan itu kadang-kadang berlaku pertindihan kes-kes antara negeri-negeri dan keputusan-keputusan kes yang berbeda-beda.

4.9 Pada 30 May 2002 YB Menteri Sumber Manusia Datuk Wira Fong Chan Onn telah melancarkan ‘Sistem Penjodohan Pekerjaan (JSC)’. Sistem ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Selain itu majikan juga boleh mendapat calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan disyarikat mereka. Menerusi system ini juga pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Sistem yang diamalkan ini telah meningkatkan mobilasi tenaga kerja negara dan mempastikan penggunaan tenaga kerja dengan optima melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik. Sistem ini juga menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai samada dari dalam dan luar negara, pelabur-pelabur asing dan juga pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Segala-galanya hanya ada dalam computer yang boleh diakses diserata pelusuk dunia dengan teknologi internet.

4.10 Kerajaan telah melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu Aplikasi Perdana ‘Multimedia Super Coridor’ dengan harapan untuk mewujudkan ahli teknologi multimedia. Kerajaan Elektronik akan membaiki cara Kerajaan beroperasi dan pada masa yang sama memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Ianya telah meningkatkan produktiviti melalui peningkatan kualiti, keselesaan dan komunikasi diantara orang ramai dan peniaga.

4.10.1 Sebagai perintis kepada Kerajaan Elektronik maka kerajaan telah menyediakan ‘Sistem E-Perolehan’ bermula pada tahun 1990. Melalui E-perolehan akan membolehkan syarikat pembekal mempamir dan memperkenalkan barang keluarannya dalam World Wide Web, menerima, mengurus, dan memproses permintaan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi Kerajaan melalui Internet..Katalog produk syarikat juga boleh dipamir secara elektronik samada dalam bentun 2D atau 3D dan boleh dilihat melalui sebarang kompute dengan pelayar web. Disamping itu pembekal dapat mengemukakan sebutharga , mendapatkan dokumen tender dan mengemukakan tawaran tender melalui E-Perolehan . Syarikat pembekal juga dapat mendaftar dan membaharui pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan juga membuat semakan status permohonan dan sebagainya tanpa perlu ke Jabatan berkenaan.

4.10.2 Pada 6 Oktober 2000 ‘Sistem E-Perolehan’ telah pun berjaya melancarkan 2 modul besar iaitu ‘Perolehan menerusi Kontrak Pusat dan Pendaftaran Pembekal’. Pada 10 Mei 2002 Modul Pembelian Terus telah dilancarkan. Melalui sistem yang diamalkan ini kerajaan telah dapat mengurangkan kos yang besar, proses perolehan yang lebih cekap dan berkesan, memastikan akauntabiliti dan ketelusan, kos operasi lebih rendah dalam jangkamasa panjang, tenaga kerja yang lebih terlatih dan berpetahuan, pilihan terbaik bagi produk dan perkhidmatan, mudah untuk mengawasi perangkaan dan maklumbalas pelanggan, pengesanan otomatik ke atas status pesanan dan penghantaran dan sebagainya.

4.10.3 Bagi pihak swasta atau pembekal ianya telah dapat mengurangkan kos dalam pengurusan jualan dan operasi, liputan pasaran yang lebih meluas, menjadi titik permulaan bagi perdagangan elektronik, transaksi dan tatacara yang lebih selamat dan lancar serta pemindahan bayaran menjadi lebih selamat dan lancar serta pemindahan bayaran yang lebih selamat melalui MEPS/EFT

4.11 Di Negeri Kedah sendiri terdapat jabatan yang telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang begitu tinggi dan baik sekali. Jabatan yang dimaksudkan ialah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Negeri Kedah.

4.11.1 Jabatan ini telah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sepenuhnya dalam operasi jabatannya. Jabatan telah mengekploitasi sepenuhnya pelbagai jenis data sebagai input kepada sistem-sistem maklumatnya. Antaranya ialah data latihan, data pengurusan stor, kewangan, personal dan kuiri audit untuk tujuan pengurusan, manakala maklumat seperti cukai yang dikutip, jumlah barang yang diimport dan dieksport serta syarikat-syarikat pengimport dan pengeksport untuk tujuan perkastaman. Data mengenai pelanggan dan output-output utama jabatan juga disimpan. Contohnya jumlah kutipan hasil jabatan, jumlah borang kastam, jumlah lesen agen penghantaran, jumlah lesen gudang berlesan, jumlah jeti persendirian, jumlah kenderaan berkunci, jumlah permit kastam 10 dan 20, jumlah lesen import rokok, dan lesen import minuman keras. Begitu juga semua rekod mengenai penyeludupan dan sebagainya. Semua maklumat-maklumat yang ada ini telah dibentuk sistem yang tertentu melalui penggunaan teknologi maklumat yang digunakan secara intensif.

4.11.2 Hasilnya telah berjaya mencipta beberapa sistem maklumat yang dapat memudahkan perjalanan kerja, menjimatkan kos, masa dan tenaga manusia. Antaranya ialah Sistem Maklumat Dagangan (INFODAG), Sistem Kawalan Kenderaan Langkawi (KV), ‘Sistem Surat Siasatan Ringkas’ (SSR), ‘Sistem Laporan Situasi’ (SITREP), ‘Sistem Kawalan Kenderaan Asing’ (VECON), ‘Sistem Pengiraan Cukai Kenderaan dari Langkawi’ (VETAX), ‘Sistem Maklumat Kastam’ (SMK) dan ‘Border Force’. Penggunaan semua sistem-sistem yang ada ini ditambah dengan amalan ‘Bersih Cekap dan Amanah’ telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam produktiviti jabatan. Dari segi peningkatan hasilnya sahaja telah menunjukkan peningkatan amat ketara dalam tempoh pelaksanaan sistem tersebut iaitu pada tahun 1996 sejumlah RM237.6 juta telah dipungut manakala pada tahun 2000 meningkat kepada RM300.5 juta. Pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kastam Negeri Kedah lebih mudah dan mengambil masa yang singkat untuk sesuatu urusan. Oleh itu tidak hairanlah Jabatan Kastam Dan Eksais di Raja Negeri Kedah telah mendapat ‘Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara’ disebabkan amalan pengurusan kualiti menyeluruh dijabatannya khususnya dalam penggunaan teknologi maklumat.



5. KESIMPULAN

Dalam membincangkan teknologi maklumat, sebenarnya topik ini terlalu amat luas sekali. Penulis hanya sempat mengambil beberapa contoh yang sememangya telah dikenalpasti berjaya membuktikan bahawa peningkatan produktiviti amat berkait rapat dengan kemajuan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan operasi harian sektor awam. Hasil dari kajian penulis adalah didapati terlalu banyak contoh-contoh yang boleh dipaparkan disini berkenaan penggunaan teknologi maklumat yang diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan tetapi ruang yang terhad tidak memungkinkan ianya dapat diterangkan sepenuhnya. Semakin dikaji semakin banyak maklumat diperolehi yang kadang-kadang penulis terasa bahawa betapa kurangnya ilmu pada diri bila mengetahui perubahan-perubahan besar dalam sistem maklumat yang digunapakai dalam operasi harian jabatan. Penulis berkeyakinan besar dan optimis dengan penggunaan sistem maklumat untuk peningkatan produktiviti sektor awam. Setiap kakitangan awam perlu menceburi bidang teknologi maklumat dengan lebih mendalam kerana ia memberi manafaat yang amat besar kepada diri kita dan organisasi kita. Ia membolehkan kita menceburi pelbagai bidang ilmu disamping memudahkan banyak kerja-kerja yang semakin sukar, rumit, banyak dan terlalu kompleks. Dunia sekarang semakin kecil dengan konsep globalisasi dan liberalisasi yang semakin mendesak kita untuk berada dalam dunia tanpa sempadan. Kakitangan awam tidak boleh lari dari berhadapan dengan gelombang baru

Jabatan-jabatan hendaklah menjadikan usaha peningkatan produktiviti sebagai satu proses yang berterusan .Ini adalah kerana tahap produktif adalah sesuatu yang relatif. Sesuatu tahap yang dianggap tinggi pada masa dahulu mungkin tidak dianggap lagi sedemikian pada masa ini. Oleh itu sesebuah jabatan atau organisasi perlulah berusaha memperbaiki prestasinya pada sepanjang masa terutama penambahbaikan kepada system-sistem maklumat yang sedia itu.

Penulis sedar peningkatan produktiviti disektor awam bukanlah suatu perkara yang mudah memandangkan saiz Perkhidmatan Awam yang amat besar serta fungsi-fungsinya yang luas dan pelbagai. Peningkatan produktiviti sector awam jangka panjang tidak akan tercapai hanya sekadar peningkatan kemajuan dalam teknologi maklumat. Ianya juga perlu pendekatan yang lebih menyeluruh sepertimana yang telah diterangkan pada awal-awal kertas ini dimana ianya juga disertai selari dengan kemajuan dalam system organisasi, struktur organisasi, kemahiran, gaya pengurusan, sumber manusia, kemahiran yang ada sert nilai dan budaya kerja.



Susunan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

KECEKAPAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK KECIL LUAR BANDAR

KECEKAPAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK KECIL LUARBANDAR


susunan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman



PENDAHULUAN

“Tiga perkara penting berkaitan dengan pemantauan, penyenggaraan dan manfaat kepada rakyat perlu diberi perhatian semasa Pelaksanaan semua projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pemantauan ke atas sesuatu projek perlu dilaksanakan bagi memastikan ia tidak menjadi satu projek bermasalah, lambat disiapkan seterusnya tergendala atau terbengkalai. Pemantauan dan pengawasan teliti adalah kunci untuk memastikan setiap projek berjaya disiapkan, sekaligus mengelak masalah menyebabkan rakyat merungut. Jangan selepas kita serahkan surat tawaran untuk sesuatu projek itu dilaksanakan, kita anggap semua berjalan baik tanpa perlu kita beri perhatian atau ambil tahu. Kita kena ambil tahu apa berlaku, kita kena turun ke bawah untuk melihat apa sebenarnya berlaku.”..

Petikan ucapan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 06 Feb 2007

Tajuk tugas kursus yang dipilih ini amat berkaitan dengan kehendak kepimpinan tertinggi kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan kertas ini akan mengulas dengan lebih terperinci tentang bagaimana perlunya seorang penjawat awam terutamanya penulis yang bertugas di daerah yang secara langsung terlibat dalam melaksanakan projek-projek kecil luarbandar. Betapa pentingnya projek dirancang dan dilaksanakan dengan cekap, berkualiti , cepat dan kos yang munasabah akan dianggap berjaya bila rakyat menerima manfaat dengan sepenuhnyanya. Sebab itulah penulis amat berminat untuk mengupas tajuk yang dipilih ini yang sedikit sebanyak cadangan yang dikemukakan ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan untuk manfaat semua.

PROSEDUR PENGELUARAN PERUNTUKAN

Sebagai sebuah jabatan didaerah, seperti Pejabat Daerah Langkawi peruntukan jabatan khusus untuk projek pembangunan tidak disediakan. Apa yang ada hanyalah peruntukan untuk pentadbiran sahaja seperti perbelanjaan untuk urusan gaji, elaun-elaun, penyelenggaraan bangunan dan kenderaan jabatan , perbelanjaan utiliti jabatan dan sebagainya.

Sungguhpun peruntukan pembangunan tidak disediakan tetapi salah satu tugas rasmi jabatan ialah merancang dan melaksanakan projek-projek kecil fizikal pembangunan luar bandar. Sebab itu setiap pejabat daerah disediakan juruteknik untuk hal-hal penyediaan spesifikasi projek dan pemantaun projek serta menyediakan ‘bil of quantity’ untuk setiap projek yang dilaksanakan. Oleh itu untuk melaksanakan projek fizikal perancangan perlu dilakukan dan permohonan peruntukan perlu dibuat kepada mana-mana agensi yang mempunyai peruntukan seperti pejabat Pengarah Pembangunan Negeri Kedah.

Dari segi perancangan projek biasanya pejabat daerah menerima projek yang dirancang dari bawah iaitu dari peringkat JKKK, Penghulu dan seterusnya Pegawai Daerah Langkawi akan membuat pemilihan projek mengikut keutamaan dan dihantar kepada Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri Kedah.. Dalam kontek tajuk kertas tugasan ini, ‘Projek Pembinaan Sebuah Dewan Serbaguna’ telah dicadangkan sebagai keutamaan untuk dilaksanakan dengan andaian anggaran kos RM200,000.00. Ini berasaskan jangka masa 6 bulan yang dikehendaki projek ini siap. Ada juga projek-projek yang diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri Kedah tanpa dirancang oleh Pejabat Daerah walau bagaimanapun jarang-jarang sekali dilaksanakan oleh Pejabat Daerah. Kebanyakannya dilaksanakan oleh Jabatan yang lebih teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya serta jumlahnya melebihi dari RM200,000.00 yang mana skop kerja lebih teknikal serta rumit dan memerlukan tender dan pengawasan teknikal yang lebih memerlukan seorang jurutera atau pembantu teknik mengawasinya.

Dalam hal ini saya beranggapan Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri Kedah telahpun memaklumkan kelulusan Projek Pembinaan Sebuah Dewan Serbaguna di kampong X dengan kos RM200,000.00 dengan masa yang ditetapkan untuk disiapkan ialah tidak lewat 6 bulan memandangkan projek ini diluluskan dalam tahun semasa yang dikemungkinan diluluskan pada pertengahan tahun dan perlu selesaikan dalam tahun yang sama kerana jika tidak dibelanjakan atau terlewat dilaksanakan akan membuatkan pembayaran tidak dapat dibuat memandangkan peruntukan akan ditarik balik jika terlajak ketahun seterusnya.

Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Langkawi, saya perlu merancang Pelan Tindakan yang bersesuaian untuk melaksanakan projek yang diluluskan tersebut agar ianya dapat disiapkan mengikut jadual iaitu dalam tempoh 6 bulan, projek berkualiti, dan tidak ada kos-kos tambahan yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek.

PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Kertas kerja ini tidak akan membincangkan secara terperinci akan prosedur-prosedur penyediaan dokumen-dokumen sebutharga untuk pembinaan dewan serbaguna yang dicadangkan itu. Walau bagaimanapun mengikut prosedur biasa ada beberapa cara untuk menawarkan projek tersebut kepada kontraktor yang berkelayakan. Memandangkan nilai projek dibawah RM200,000.00 maka pendekatan yang boleh digunakan ialah secara pusingan, undian atau sebut harga dikalangan kontraktor kelas F dalam daerah yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dibawah subkepala dan kepala yang berkaitan. Dalam hal ini saya lebih selesa menggunakan pendekatan pemilihan kontraktor secara Sebut Harga seperti mana yang diperuntukan dalam Arahan Perbendaharan 180.1

Pengalaman melaksanakan projek-projek yang lalu telah memberikan banyak faedah dan manfaat dari pelaksanaan secara sebut harga. Ini adalah kerana pemilihan kontraktor lebih tepat dan menepati keperluan projek yang hendak dilaksanakan. Pihak Ahli Lembaga Perolehan Sebut Harga lebih bebas memilih kontraktor yang lebih berwibawa, berkemampuan kewangan dan teknikal dengan berasaskan pengalaman-pengalaman lalu kontraktor yang dipilih. Ini amat penting kerana projek yang hendak dilaksanakan ini hanya diberi masa selama 6 bulan sahaja dari tarikh pengeluaran waran peruntukan. Sebarang kelewatan projek akibat ketidakcekapan kontraktor akan menjejaskan pelaksanaan projek keseluruhannya kerana projek tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan sebahagian peruntukan kewangan akan ditarik balik.

Saya tidak akan memanjangkan perbincangan tentang kebaikan dan keburukan pendekatan perolehan secara pusingan, undian atau sebut harga, cukup sekadar menyatakan sekiranya diberi pilihan jika kita mahukan projek yang bermutu tinggi dan siap mengikut jadual, cara sebut harga adalah yang terbaik.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN PROJEK DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL, KONTRAKTOR YANG DIPILIH ADALAH TEPAT, DAN TIADA KOS BERLEBIHAN ATAU VARIASI (COST OVERRUN OR VARIATION ORDER).

MENCEGAH KELAMBATAN

Apabila menerima sahaja waran peruntukan dari Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri Kedah langkah pertama ialah meneliti projek tersebut dan membuat siasatan segera akan tapak projek tersebut bagi memastikan tapak projek tersebut tidak menghadapi masalah. Dalam hal ini sekiranya perancangan projek ini dibuat dari peringkat bawah dan diberi keutamaan oleh Pejabat Daerah maka ini bermakna tapak tersebut tidak ada masalah sebab ia dirancang dari bawah. Segala pertimbangan telah diambil dikira termasuk tapak projek yang tidak menghadapi masalah. Lainlah jika sekiranya dirancang dari peringkat atas yang kadang-kadang tapak belum dikenalpasti lagi tapi peruntukan diluluskan. Banyak juga kes-kes seperti ini yang berlaku dan menjadi sebab mengapa kadang-kadang kala sesuatu projek terbengkalai atau lambat disiapkan.
Ada ketika tertentu untuk memulakan bergerak dari tarikh surat waran peruntukan tersebut diterima mengambil masa panjang juga kadang-kadang surat arahan pelaksanaan projek yang dikeluarkan tersebut terperap dibilik Pegawai Penguasa disebabkan pegawai bercuti atau sibuk. Dalam hal ini saya tidak akan membiarkannya berlaku, paling kurangpun 2 hari sahaja. Selepas daripada itu tindakan hendaklah diambil dengan segera untuk kerja-kerja awalan. Seboleh mungkin sebarang kelambatan diperingkat arahan ketua jabatan tidak boleh lama. Sekiranya tidak mendapat arahan lanjut dari ketua jabatan dan diketahui waran tersebut telah diterima saya pasti akan melakukan kerja-kerja awalan dulu yang boleh dilaksanakan secara pentadbiran seperti mengaturkan perbincangan dengan pihak penerima projek dan melawat tapak projek.

Faktor-faktor yang menyebabkan kelambatan

Pengalaman melaksanakan projek pembangunan telah memberi banyak input kepada saya untuk meneliti akan factor-faktor yang menyumbang kepada kelambatan. Antaranya ialah:- a) Keburukan cuaca yang luarbiasa

b) Arahan-arahan yang diberi oleh pegawai pengawal berbangkit dari pertikaian . dengan tuan tanah atau tuan tanah berjiran

c) Kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang disebabkan oleh kebakaran, . . petir, letupan, ribut, taufan, banjir, tanah menurun, tangki pecah atau . . .. …melimpah, radas atau paip, rusuhan atau kekacauan awam

d) Arahan-arahan Pegawai Pengawal yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja, . percanggahan dalam atau antara dokumen kontrak dan sebagainya

e) Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada P.P, arahan-. .. arahan, pelan, aras-aras yang diperlukan dan sebagainya atau arahan berkenaan . dengan penamaan subkontraktor atau penamaan pembekal.

f) Kelambatan dalam memberi milik tapak bina

g) Kelambatana berpunca dari penyatuan pekerja-pekerja setempat, mogok, dan . .. sebagainya.

h) Kelambatan oleh artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yan ditugaskan . .. oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari . .. kontrak

i) Kesukaran mendapat bahan mentah, bekalan-bekalan projek dikawasan- .. … …kawasan terpencil

Meneliti kepada faktor-faktor kelambatan tadi maka saya sebagai pengurus projek ini perlu mengambil kira semua itu dalam merangka pelan dan tindakan sewajarnya agar factor-faktor tersebut jika terlibat diminimakan atau dielakkan.

Perkara utama yang mesti diambil untuk menentukan kerja-kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan adalah dengan menentukan kerajaan atau jabatan tidak menyebabkan sebarang kelambatan.

Oleh itu dalam penyediaan spesifikasi kerja dan dokumen sebutharga, saya sebagai pegawai yang diarahkan untuk menguruskan pembinaan dewan serbaguna tersebut akan segera mengatur satu perbincangan atau mesyuarat dengan Juruteknik jabatan, Pengerusi JKKK kampong berkenaan, Penghulu Mukim berkenaan dan Pejabat Tanah. Lawatan ke tapak adalah satu perkara yang mesti dibuat oleh saya untuk memastikan saya biasa dengan tempat tersebut dan juga mudah untuk dibuat apa-apa kata putus.

Perbincangan secara terperinci dengan pihak penerima projek adalah perlu sebelum disediakan spesifikasi kerja yang hendak dibuat. Ini adalah bagi memastikan selepas perbincangan dan persetujuan dicapai antara penerima projek iaitu JKKK atau mana-mana agensi maka selepas daripada ini tidak akan ada lagi apa-apa rasa tidak puas hati atau apa-apa pindaaan terhadap projek tersebut. Pihak penerima projek akan diberi peluang untuk mengemukakan apa-apa keperluan dan kehendak dalam pembinaan projek dewan serbaguna ini. Dan selepas daripada itu baru arahan dikeluarkan kepada juruteknik jabatan untuk menyediakan pelan bangunan yang sesuai dengan spesifikasi yang dipersetujui dan bersesuaian dengan peruntukan yang ada.

Lawatan berterusan oleh pegawai bertanggungjawab terhadap projek tersebut perlu dilakukan selalu untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.
Tidak ada gunanya pihak penerima projek memohon bina dewan yang terlalu besar hingga melebihi peruntukan yang sedia ada. Oleh itu semasa perbincangan saya perlu menjelaskan tentang anggaran kos secara kasar dan bentuk dewan secara kasarnya yang bersesuaian dengan peruntukan yang ada agar penerima projek faham situasi sebenar.. Urusan tanah perlu diselesaikan dulu bersama JKKK dengan Penghulu agar segalanya beres dan nanti kontraktor boleh masuk kerja dengan selesa tanpa gangguan dan tanpa ada halangan.

Juruteknik yang akan menyediakan spesifikasi kerja dan dokumen sebut harga diarah membuat rujukan kepada Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam dan Bangunan terkini dalam usaha memastikan setiap kos aspek pembinaan dewan ini diambil kira dan tidak tertinggal satupun. Ini bagi memastikan dewan yang hendak dibina tersebut berada dalam lingkungan peruntukan yang diluluskan dan boleh dilaksanakan. Anggaran yang disediakan oleh juruteknik ini akan dijadikan panduan kepada Jawatankuasa Perolehan Sebutharga Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Dalam hal untuk mengelakkan kelambatan saya berpandangan dalam apa keadaan sekalipun tindakan diperingkat pentadbiran perlu dipercepatkan baik samaada penyediaan dokumen sebutharga, lawatan pemeriksaan tapak, lawatan pemeriksaan projek yang dilaksanakan, lawatan pengesahan siap projek dan apa-apa arahan yang perlu kepada kontraktor . Ini amat penting berasaskan kepada pengalaman saya sebagai pegawai yang melaksanakan projek kecil luarbandar, kelambatan diperingkat pentadbiran dalam mengambil tindakan segera sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kelewatan siap kerja mengikut jadual yang ditetapkan. Pemimpin yang berkesan (Effective Leader) adalah pemimpin yang faham tentang matlamat dan objektif yang hendak dicapai yang telah ditetapkan iaitu perlu siap dalam tempoh 6 bulan. Oleh itu kita perlu perbetulkan diri kita sendiri dulu sebelum menuding jari faktor-faktor kelambatan kepada pihak lain.

PEMILIHAN KONTRAKTOR

Sepertimana yang saya telah sebutkan sepintas lalu sebelum ini melalui pemberian kontrak secara sebut harga , panel Lembaga Perolehan Sebut Harga lebih bebas memilih kontraktor yang dikehendaki berasaskan kepada penilaian teknikal. Sebagai pegawai yang diarah untuk menguruskan pembinaan dewan ini saya dan juruteknik perlu membuat penilaian terlebih dahulu terhadap sebutharga kontraktor yang mengambil bahagian setelah ditutup tarikh tawaran. Penilaian ini amat penting bagi memastikan ahli Lembaga Perolehan Sebut Harga mendapat gambaran sebenar setiap kontraktor yang layak dan ini akan memudahkan mereka membuat pertimbangan dan keputusan yang adil dan kontraktor yang dipilih adalah berwibawa.
Harus diingat bahawa pemilihan Kontraktor untuk melaksanakan projek tersebut perlulah benar-benar berkemampuan. Ini adalah kerana jika tidak mampu dan tidak cekap sudah tentu banyak isu dan masalah yang akan berbangkit nanti, antaranya yang mungkin akan dihadapi ialah kontraktor kekurangan modal, tidak cekap, kekurangan pegawai atau tukang yang mahir, kekurangan buruh mahir, kontraktor jual projek kepada kontraktor lain.

ASAS-ASAS CADANGAN PEMILIHAN KONTRAKTOR

Dalam membuat cadangan pemilihan kontraktor yang layak beberapa aspek perlu diambil kira sebelum disyorkan nama kontraktor yang layak.

Antaranya yang boleh disenaraikan disini ialah seperti berikut:-

Kemampuan kewangan

Sumber kewangan kontraktor adalah perkara asas dalam melaksanakan projek. Dalam hal ini saya perlu melihat sejauh mana kontraktor ini mempunyai kewangan yang cukup atau bagaimana kontraktor mendapat kemudahan pinjaman wang, kemudahan kredit bekalan mentah dan sebagainya. Ini semua dapat diteliti dari penyata akaun bank yang dikemukakan, surat-surat jaminan kredit dari bank-bank dan juga pembekal-pembekal bahan mentah. Kontraktar yang hendak dicadangkan perlulah mempunyai modal pusingan tunai yang secukupnya bagi memulakan projek yang ditawarkan.

Pengalaman saya yang lalu menunjukkan kontraktor yang tidak ada langsung sumber kewangan tunai begitu lambat memulakan kerja walaupun tawaran rasmi telah dikeluarkan kepada mereka. Ini adalah kerana selepas mendapat surat tawaran barulah kontraktor tersebut hendak memohon pinjaman dari institusi kewangan atau lain agensi kerajaan. Sementara menanti kelulusan pinjaman hingga dikeluarkan wang pinjaman tidak ada apa-apa kemajuan ditapak kerana kontraktor tidak boleh memulakan kerja kerana tidak ada langsung modal awalan . Kadang-kadang sampai sebulan masih tidak memulakan kerja.

Didaerah Langkawi dari pengalaman melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur asas 2006 (PIAS 2006) yang kontraktornya dipilih secara cabutan undi telah membuktikan 7 kontraktor daripada 158 kontraktor Daerah Langkawi yang mendapat projek, lambat melaksanakan projek melebihi 2 minggu dari tarikh milik tapak kerana setelah disiasat mereka ini menghadapi masalah kewangan. Tempoh 2 minggu yang ditetapkan ini adalah kehendak kementerian kewangan menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 6/ Tahun 1999 untuk tender. Jika sebut harga tempoh satu minggu seperti yang diamalkan sekarang ini adalah memadai. Sebab itu kekurangan modal ini boleh membawa kontraktor ini menjual pula projek ini kepada kontraktor lain dan beliau hanya ambil komisen sahaja. Jika ini berlaku maka tidak tercapailah hasrat kerajaan untuk memberikan projek kepada kontraktor bumiputera yang benar-benar berkecimpong sepenuhnya dalam bidang tersebut.

Cara untuk saya menilai kemampuan kewangan kontraktor ialah dengan meminta kontraktor yang masuk sebut harga mengemukakan kredit pembekal ataupun peraturan perjanjian bagi membiayai projek tersebut jika berjaya. Begitu juga saya boleh meminta dikemukakan bersama dokumen sebutharga penyata kewangan/bank semasa yang menunjukkan kemampuan wang tunai yang ada pada kontraktor. Semua ini boleh dilakukan dengan kerjasama institusi kewangan jika hendak memastikan benar-benar kontraktor ini mempunyai kewangan yang kukuh.

Kemampuan Teknikal.

Saya juga perlu menilai kemampuan teknikal kontraktor seperti tukang atau buruh mahir yang ada , pengalaman kerja, rekod prestasi yang lalu termasuk perkhidmatan selepas siap projek, komen jabatan-jabatan teknikal lain yang pernah berurusan dengan kontraktor dan sebagainya . Kalau kontraktor yang masuk sebutharga dulunya pernah melaksanakan projek Pejabat Daerah maka tidak ada masalah sangat untuk menilai kemampuan dan prestasinya memandangkan jabatan mempunyai rekod tersebut. Penilaian yang dibuat ini tidaklah terlalu terperinci memandangkan projek ini hanya dibawah RM200,000.00 sahaja. Memadai dengan saya dan juruteknik yang ada untuk melihat aspek-aspek ini secara kasar tetapi boleh diambil kira untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Perolehan Sebut Harga yang biasanya dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, dengan ahlinya terdiri dari Jurutera Jabatan Kerja Raya dan seorang lagi kumpulan Pengurusan dan Profesional yang ditentukan oleh Pegawai Daerah. Dalam hal ini saya tidak terlibat sebagai ahli tetapi terlibat sebagai pegawai yang menguruskan pelaksanaan projek ini dari penyediaan dokumen sebut harga , membuat penilaian sebutharga dan dibentangkan kepada jawatankuasa dan seterusnya melaksanakan projek hingga siap.

Saya tidak berpeluang untuk membuat penilaian seperti ini sekiranya pemilihan kontraktor diadakan secara cabut undi dan sebagainya kerana sesiapa sahaja boleh dipilih asalkan kontraktor layak mengikut criteria yang ditetapkan. Terpulanglah kepada nasib, kalau dapat yang baik, maka tidak ada masalahlah projek tersebut, tetapi jika dapat kontraktor yang seringkali bawa masalah maka tunggulah apa yang akan berlaku. Akan ada sahaja masalah yang timbul yang memberi tekanan kepada jabatan yang dihambat oleh masa.

LAWATAN BERTERUSAN KE TAPAK PROJEK

Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengurus Projek yang diberi arahan oleh Pegawai Pengawal untuk mengesan dan mengawasi pelaksanaan sebenar projek secara terperinci dan berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek tersebut berjalan lancar. Sekiranya tarikh sebenar pelaksanaan projek berbeda atau terlewat dari tarikh rancang aktiviti saya hendaklah mengenalpasti masalah tersebut dan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah tersebut sebelum ianya menjadi kritikal sehingga memberi kesan kepada jadual pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Sebarang masalah boleh dikesan semasa lawatan. Sebagai contohnya kadang-kadang pekerja tidak ada ditapak sehari atau dua hari. Perkara ini perlu ditegur dan surat amaran akan dikeluarkan dan direkod dalam fail kontraktor di jabatan. Ini penting sebarang kegagalan melaksanakan kerja-kerja walau pun sehari atau dua hari akan menghambat waktu pada bulan-bulan terakhir pembinaan projek tersebut.

Mesyuarat ditapak perlu diadakan selalu sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dan boleh dipendekkan lagi jika dikesan ada masalah dalam pelaksanaan. Pada saya pengurusan pelaksanaan projek yang berjaya memerlukan perancangan yang teliti termasuklah penjadualan iaitu untuk memudahkan penyelarasan aktiviti-aktiviti yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Komponen kerja atau aktiviti yang telah dikenalpasti bersama kontraktor terlibat kemudiannya dijadualkan bagi membentuk satu rangka kerja untuk tujuan penyelarasan, pengawasan dan pengawalan terhadap sumber yang digunakan. Oleh itu perlulah disediakan Pelan Pelaksanaan Projek yang agak terperinci bagi projek pembinaan dewan serbaguna ini. Oleh bagi projek yang agak mudah ini saya akan menggunakan Carta Bar seperti rajah 1 yang mengandungi bar-bar yang berbentuk mendatar yang mana setiap satunya mewakili aktiviti pelaksanaan yang utama. Permulaan dan penghujung ini menunjukkan jadual tarikh-tarikh permulaan dan tamat aktiviti utama. Carta Bar adalah kaedah paling mudah dan berkesan dalam menunjukkan kedudukan setiap komponen aktiviti projek terutamanya untuk tujuan-tujuan strategic. Perbedaan jarak antara bar-bar yang dirancang dengan yang dilaksana akan menggambarkan kemajuan dalam pelaksanaan projek samada mendahului, menepati atau melewati jadual. Dari sini saya boleh mengambil tindakan segera mengenalpasti apa masalah yang berlaku samaada pada peringkat kontraktor itu sendiri atau oleh faktor-faktor luaran seperti masalah tapak dan gangguan yang tidak diduga.

Sebenarnya bagi projek-projek yang lebih besar ada teknik lain yang biasa digunakan iaitu teknik Analisis Rangkaian yang boleh memberikan gambaran yang lebih jelas dan hubungan diantara aktiviti-aktiviti yang terlibat. Ada 2 teknik yang biasa digunakan dalam Analisis Rangkaian iaitu CPM (Critical Path Method) /Kaedah Laluan Kritis dan PERT (Teknik Penilaian dan Kajian Semula Program). Saya tidak bercadang untuk memanjangkan kaedah ini memandangkan projek yang dilaksanakan ini tidak begitu rumit dan memadai digunakan Carta Bar sahaja untuk maksud kertas tugasan ini.

PERUBAHAN KERJA

Kadang-kadang dalam masa melaksanakan sesuatu projek seperti ini akan berlaku sesuatu perubahan daripada kontrak kerja yang mana ini bermaksud akan berlaku penyimpangan daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan samada pelan spesifikasi atau senarai kuantiti dipinda, ditambah ataupun dikurangkan. Perkara ini di benarkan oleh peraturan kewangan seperti dalam AP 202.1. Sungguhpun begitu sebagai pegawai yang menguruskan pelaksanaan projek ini saya perlu melihat akan keperluannya samaada perlu atau tidak. Saya perlu meneliti terlebih dulu peruntukan kewanganyang ada sebelum mengambil apa tindakan selanjut. Jika tidak ada baki langsung maka tidak ada apa yang boleh dibuat, cuma sekadar mengambil maklum dan direkodkan untuk perancangan dimasa hadapan dalam memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja yang difikirkan wajar diberi peruntukan tambahan.

Biasanya perolehan secara sebutharga akan ada baki berbandingkan peruntukan yang diluluskan. Proses sebutharga akan menyebabkan akan ada saingan dan setiap kontraktor akan masuk sebutharga dengan tawaran yang kompetitif dan biasanya akan ada baki yang boleh digunakan untuk kerja-kerja tambahan yang diluar dari spesifikasi asal. Dalam hal inilah pegawai pengawal berhak meluluskan perubahan atau tambahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak. Ini bukan bermaksud kos berlebihan tetapi disebabkan ada tambahan-tambahan kerja yang dirasakan wajar dibuat, tambahan pula ada pula peruntukan baki. Peruntukan baki ini jika tidak digunakan akan ditarik balik dan sudah tentu merugikan jika tidak digunakan sepenuhnya sedangkan banyak keperluan yang ditampung bagi menjadikan dewan serbaguna tersebut lebih selesa dan lengkap. Perubahan besar terhadap spesifikasi asal sepatutnya tidak timbul sekiranya perancangan teliti seperti yang saya cadangkan pada peringkat awal tadi diambil kira dan diberi perhatian., kecualilah jika berlakunya bencana alam, kontraktor lari dan sebagainya sudah tentulah ianya tidak dapat dielakkan dan pastinya akan melibatkan peningkatan kos yang berlebihan untuk membina semula, membuat sebutharga semula atau sebagainya.

PEMBAYARAN INTERIM

Pada kebiasaannya melaksanakan projek-projek seperti ini memerlukan modal tunai yang agak besar. Selain mendapat sumber kewangan dari institusi kewangan atau agensi kerajaan juga boleh membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kontraktor dengan memberi kemudahan pembayaran interim terhadap kontraktor projek. Ini dibenarkan oleh peraturan kewangan. Sebenarnya untuk projek sebutharga jarang dilaksanakan pembayaran interim ini memandangkan jangkamasa yang singkat . Namun dalam kes ini saya perlu mempertimbangkan cara ini sebagai satu insentif kepada kontraktor untuk menggandakan usahanya dalam menyiapkan projek yang ditawarkan kepadanya. Cumanya ianya akan memberikan sedikit beban kepada jabatan untuk memproses tuntutan pembayaran interim ini memandangkan kena buat proses 2 atau 3 kali kerja bergantung kepada perakuan pegawai pengawal.

Saya ingin memetik kata-kata YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia berkaitan perkara ini yang dipetik dari Akhbar Utusan Malaysia pada 6 Jun 2006

“pemantuan juga akan membolehkan kerajaan mengenal pasti segala masalah yang berlaku antaranya kelewatan pembayaran ikut kerja (progress payment) kepada kontraktor yang terlibat kerana itu ia boleh menjadi punca yang melewatkan pelaksanaan sesuatu projek. Kadangkala ada kontraktor kecil yang mengeluh sebab bayaran tidak dibayar pada masa bil dikemukakan, sehingga mereka tidak mampu melaksanakannya dengan cepat kerana halangan kewangan yang ada”

Jadi sebelum Perakuan Interim dapat disediakan dan dikeluarkan, penilaian terhadap kerja yang telah dilaksanakan dan bahan-bahan serta barang-barang tak pasang yang diserah/hantar ke tapak bina mestilah dibuat. Biasanya penilaian dibuat untuk pembayaran interim ialah 75 % daripada nilai bahan, barang, dan kerja-kerja atas tapak bina.

Saya tidak akan membincangkan prosedur dalam membuat tuntutan pembayaran interim ini cuma cukup sekadar menyatakan cara ini akan membantu kontraktor mengatasi masalah kewangannya dan ini membantu kontraktor melaksanakan projek tersebut dengan lebih cepat dan berkualiti serta cekap.

PEMANTAUAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN DAERAH

Didalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan fizikal didaerah terdapat 2 mekanisma pemantauan projek pembangunan iaitu yang pertama Arahan No 1, Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dan yang keduanya ialah Sistem Pemantauan Projek Berkomputer. Ini adalah kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya pelaksanaan projek berjalan lancar dan tidak terjejas dengan apa-apa fenomena ekonomi, politik, social semasa. Sebab itulah pemantauan berkomputer diadakann oleh Kerajaan seperti Sistem Buku Merah, SPP1, SETIA, SIAP dan sebagainya dan yang terkini yang dibangunkan ialah Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) menggantikan system-sistem yang terdahulu disebabkan projek yang semakin bertambah. Kejayaan Pelaksana Rancangan 5 Tahun Malaysia dari tahun 1957 hingga Rancangan Malaysia ke 9 banyak dibantu oleh Sistem Pemantauan Berkomputer seperti yang yang telah disebutkan tadi.

Saya tidak akan membincangkan akan sistem-sistem pemantauan yang tersebut memandangkan ianya untuk projek-projek besar yang diluluskan dan Rancangan Malaysia ke 9 . Saya sengaja menyebutkan system ini secara sepintas lalu untuk menunjukkan samaada projek kecil atau besar pemantauan yang berterusan terhadap sesuatu projek perlu diberi perhatian oleh agensi pelaksana.

Diperingkat Daerah terdapat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah yang diujudkan hasil dari Arahan No 1, Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Daser Pembangunan Nasional yang mana pengerusinya ialah Pegawai Daerah sendiri. Jawatankuasa ini akan menyelaras, mengawasi dan mengesan program dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan diperingkat daerah secara keseluruhan dan bersepadu. Ia juga mengawasi implikasi pelaksanaan projek-projek mega/pengswastaan didalam daerah yang memberi kesan sosio ekonomi dan alam sekitar daerah berkenaan. Disamping itu jawatankuasa ini juga perlu memastikan kumpulan sasaran mendapat faedah maksimum daripada program dan projek yang dilaksanakan dan perkara penting yang saya hendak sebutkan disini ialah memastikan pelaksanaan program dan projek yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat jabatan dapat dibincang diforum ini.

Projek seperti Pembinaan Dewan Serbaguna Di Kg X ini boleh dibawa masuk kedalam Jawatankuasa ini jika ada apa-apa masalah yang tidak dapat diselesaikan diperingkat jabatan kerana dalam Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah ini terdapat ahli-ahli terdiri dari jabatan-jabatan teknikal dan sebagainya. Pengalaman-pengalaman yang lalu menunjukkan banyak masalah berbangkit semasa pelaksanaan projek, dapat diselesaikan diperingkat ini dan ini dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan projek tersebut tanpa tergantung dengan tidak ada apa-apa keputusan..

Isunya sekarang ini saya dapati dalam minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah beberapa daerah yang saya teliti termasuklah daerah Langkawi sendiri perkara-perkara yang tidak berkenaan dengan perancangan dan pelaksanaan projek pun dimasukkan sama. Penulis sendiri sebagai urusetia Jawatankuasa tersebut cuba untuk membuang perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan projek tapi tidak berjaya dan terpaksa dimasukkan balik isu-isu dan masalah yang dibangkitkan memandangkan kurang kefahaman ahli-ahli tentang tujuan diujudkan jawatankuasa tersebut terutama dari Ahli Yang Berhormat dan setengah-setengah jabatan. Ini mungkin kerana tidak ada forum lain yang boleh dibangkitkan untuk mendapat perhatian jabatan yang berkaitan maka isu tersebut dibangkitkan juga. Antara contoh-contoh isu yang dibangkitkan ialah isu kerbau berkeliaran di Pulau Langkawi, isu kenaikan harga barang, isu kenaikan harga tambang feri, isu anjing liar, isu penjualan video lucah dan sebagainya.

Susunan

MOHD ASRI REDHA B. ABDUL RAHMAN

Kewibawaan Pegawai Daerah

PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI LANGKAWI DALAM INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI : PERANAN PEGAWAI DAERAH



1. PENGENALAN

1.2 Kertas ini dibentangkan adalah sebagai bahan perbincangan dalam Dialog Pembangunan Langkawi 2006 berkaitan isu-isu pembangunan sosial ekonomi penduduk Langkawi dalam industri pelancongan di Pulau Langkawi. Memandangkan kesuntukan masa dalam menyediakan kertas ini perbincangan hanya terhad kepada sektor yang diberikan dan tidak akan menyentuh sektor-sektor lain walaupun dalam perbincangan ini sedikit sebanyak ianya akan tersentuh juga.
2 INSTITUSI PEGAWAI DAERAH DALAM PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI

2.1 Dalam kontek peranan Pegawai Daerah Langkawi, penekanan kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk Langkawi adalah menjadi agenda utama Pejabat Daerah. Inilah teras utama fungsi Pejabat Daerah Langkawi yang sepatutnya diberi perhatian.. Inilah juga peranan yang cuba dikembalikan oleh Kerajaan berdasarkan kepada kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsudin Osman dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 15 Mac 2006 dimana Pegawai Daerah perlu menumpukan tugas utama yang menjadi terasnya iaitu pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan tanah.. Sekiranya Pegawai Daerah diberi tugasan yang terlalu umum dan banyak maka agak sukar bagi pentadbiran daerah untuk memberi perhatian serious kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat dan juga pembangunan tanah.

2.2 Ini bermakna setiap aktiviti pejabat daerah perlu halatuju kearah pencapaian pembangunan sosial ekonomi rakyat Langkawi ini. Sebab itulah pada zaman-zaman awal pentadbiran negara yang baru merdeka Pejabat Daerah memainkan perananan yang penting hinggakan dibekalkan dengan berbagai peralatan dan mesin bagi membantu menjayakan pembangunan fizikal daerah. Perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan telah diberi kepada Pejabat Daerah sepenuhnya samada dalam bentuk melaksanakan sendiri atau membuat penyelarasan dan pemantauan dengan agensi-agensi lain. Ini mungkin kerana pada waktu tersebut tidak banyak agensi-agensi kerajaan ditubuhkan. Dari masa kesemasa semakin banyak agensi-agensi pembangunan baru diujudkan berasaskan keperluan dan perkembangan semasa. Contohnya diPulau Langkawi ini sahaja telah ada Lembaga Pembangunan Langkawi, Majlis Tindakan Pelancungan Langkawi, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan sebagainya. Jabatan-jabatan ini telah banyak mengambil alih peranan yang dulunya dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Daerah dan jabatan-jabatan ini lebih mengkhusus aktiviti-aktivitinya agar ianya lebih cekap dan berkesan.

2.3 Sesuai dengan perkembangan semasa Pentadbiran Daerah lebih sesuai ditumpukan kepada Pentadbiran Pembangunan dan sebagai agensi kerajaan tertinggi diperingkat daerah ianya merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara bersepadu dengan jabatan/agensi-agensi kerajaan yang lainya.

2.4 CADANGAN

2..4.1 Institusi Pegawai Daerah perlu dipertingkatkan kuasa dan fungsinya terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi rakyat dan pembangunan tanah serta kerajaan tempatan. Untuk ini Pegawai Daerah perlu diberi pegawai dan kakitangan yang mencukupi bagi melaksanakan program-progam yang berkaitan secara langsung dengan rakyat terutama pembangunan sosioekonomi. Dalam kontek Pejabat Daerah Langkawi ini ianya bergerak dalam serba kekurangan kakitangan yang benar-benar mahir dengan isu-isu sosial dan pembangunan didaerah.

Penulis sekali sekala mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah apabila Tuan Pegawai Daerah mempunyai urusan penting ditempat lain. Bagus juga, dapatlah penulis berpeluang belajar pengurusan mesyuarat penting yang ahlinya terdiri dari YB dan Ketua Jabatan peringkat Daerah. Nanti bila sudah jadi Pegawai Daerah (kalaua jadi) tidaklah kekok sangat

2.4.2 Bagi membolehkan Pegawai Daerah memberi perhatian terhadap isu-isu pembangunan ini beliau perlulah dikurangkan beban tugas yang kurang berkaitan seperti sukan, belia, agama, pemadam, majlis-majlis sosial yang kurang perlu , mesyuarat-mesyuarat yang kurang berkaitan dengan pembangunan dan seumpamanya. Dari kajian yang dibuat lebih 60 jawatankuasa yang Pegawai Daerah menjadi ahli jawatankuasa diperingkat daerah dan negeri. Disamping itu Pegawai Daerah juga terlibat sebagai Pengerusi dan penasihat dalam pelbagai jawatankuasa dan badan-badan sukarela. Ini semua memerlukan komitmen sepenuhnya dan tidak mungkin beliau dapat menumpukan perhatian kepada tugas terasnya dalam pembangunan sosial ekonomi rakyat jika tidak diberi pegawai yang secukupnya.

2.4.3 Terdapat banyak lagi isu-isu pembangunan yang perlu diberi perhatian oleh Pegawai Daerah. Antaranya isu kemudahan awam dikawasan-kawasan luarbandar, isu kemiskinan yang perlu diberi pembelaan, isu pembangunan tanah yang tidak selesai, isu pelaksanaan projek-projek pembangunan, isu projek-projek terbengkali, isu pelaksanaan projek-projek ekonomi dikawasan luar bandar, isu setinggan yang perlu ditangani sebaik mungkin dan sebagainya. Isu-isu ini jika tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin ianya memberi kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap perkembangan sektor pelancongan di Langkawi ini.

2.4.4 Sekiranya Pegawai Daerah dibekalkan dengan pegawai pengkhususan yang mencukupi saya berpendapat banyak isu-isu pembangunan yang timbul dalam daerah Langkawi akan dapat ditangani dan diselesaikan dengan segera dan kesannya rakyat akan mendapat manfaatnya.

2.4.5 Segala arahan dan dasar-dasar pembangunan kerajaan akan lebih mudah direalisasikan diperingkat daerah. Perancangan yang dibuat diperingkat daerah lebih terperinci dan berkesan sesuai dengan keperluan rakyat dan pelancong. Ini kerana penumpuan yang lebih terperinci boleh diberikan oleh Pegawai Daerah jika beliau tidak lagi atau kurang terlibat dalam hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi.

2.4.6 Oleh itu penekanan kepada tindakan proaktif Pegawai Daerah dalam pembangunan sosioekonomi penduduk akan memberi satu kesan yang amat bermakna kepada pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi ini. Penduduk Langkawi terutama di luarbandar dan kaum bumiputera perlu sekali ditingkatkan taraf hidup mereka melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan pada masa yang sama aktiviti tradisional seperti pertanian dan perikanan perlu ditingkatkan produktivitinya melalui pemodenan sektor pertanian dan perikanan..

3. STRUKTUR PEKERJAAN.

3.1 Kalau pada waktu dulu Langkawi tidak menjadi tarikan pada orang luar untuk melawat atau bermastautin di sini tetapi sekarang apabila diistiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai dan destinasi pelancongan utama lebih 25% penduduknya terdiri dari orang-orang luar daerah Langkawi. Terlalu banyak orang luar bermastautin di Pulau ini sedikit sebanyak memberi impaks yang kurang menyenangkan kepada penduduk tempatan. Namun ini tidak dapat dielakkan kerana jumlah pekerjaan dalam sektor pertanian dan perikanan adalah tinggi, dimana ini menunjukkan penglibatan tenaga kerja yang rendah dalam sektor yang lebih produktif kerana kurangnya tenaga muda yang berkemahiran dalam sektor-sektor perkhidmatan kewangan, utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan (kurang 2% sahaja) dan sebagainya yang mana sektor ini sangat berkait rapat dengan aktiviti pembangunan yang berasaskan kepada pembangunan pelancongan.

3.2 Bagi penduduk tempatan bolehkah mereka ini mengambil bahagian sama dalam kegiatan ekonomi dan sosial yang berasaskan kepada pembangunan pelancongan. . Dalam lain kata mengambil manafat dari perkembangan sektor pelancongan. Memang ada kesan yang ketara kepada penduduk. Bagi yang bersedia mereka akan sama-sama turut mengikut arus tetapi yang lambat bertindak akan terus ketinggalan. Sebab itulah pendekatan yang dimainkan oleh Pejabat Daerah ialah cuba untuk mencari jalan alternatif lain bagaimana boleh membantu rakyat Langkawi sama-sama dapat mengecapi nikmat dari kemajuan pembangunan Langkawi ini. Untuk membolehkan peningkatan dalam ekonomi keseluruhannya kepada rakyat Langkawi keseluruhannya , saya berpendapat penekanan perlu diberi kepada 2 aspek iaitu mengalihkan lebih banyak aktiviti ekonomi kearah sektor yang lebih produktif seperti yang terdapat dalam sektor pelancongan dan mempertingkatkan produktiviti didalam setiap sektor.

3.3 CADANGAN

3.3.1 Sektor pertanian dan perikanan masih lagi merupakan sektor utama yang diceburi oleh rakyat tempatan. Sektor ini tidak boleh ditinggalkan terus. Namun begitu dengan pengurusan yang lebih baik dan teknologi yang lebih moden dan canggih, produktiviti dan pendapatan dalam sektor ini akan meningkat. Menjadi harapan kerajaan dengan pemodenan sektor pertanian ini kadar kemiskinan akan menurun dan pendapatan perkapita akan meningkat lebih RM7,000.00. Menggalakkan petani mengerjakan tanah sawah secara berkelompok dan secara ladang komersial adalah salah satu tindakan yang boleh meningkatkan pendapatan petani-petani. Dengan konsep ini membolehkan kerajaan memberi pinjaman mudah pertanian yang akan dijadikan sebagai modal permulaan mengerjakan sawah/ladang mereka.

3.3.2 Aktiviti pertanian juga boleh ditingkatkan nilai tambahnya dengan menggalakkan agensi-agensi pelancongan mengadakan perhubungan dengan tuanpunya dusun-dusun buahan bagi mengadakan lawatan ke dusun, lawatan ke aktiviti menuai padi dan sebagainya. Mereka ini diberi peluang untuk mencuba menjalankan aktiviti harian seperti menanam padi, menuai padi, menoreh getah, membajak menggunakan kerbau, menangkap ikan dalam lumpur menggunakan serkap dan sebagainya. Kawasan-kawasan pertanian padi, getah dan lain-lain pada tempat-tempat yang tertentu perlu dikekalkan dan diusahakan secara tradisional untuk memperlihatkan kepada para pelancong luarnegara bagaimana penanaman padi dan lain-lain tanaman diusahakan secara tradisional. Selain itu, kawasan-kawasan sawah padi mempunyai kesan penataan estetika lanskap yang menarik. Dengan cara ini juga petani dapat menambahkan pendapatan melalui aktiviti jualan kraftangan dari aktiviti padi dan juga catering makanan serta yuran kepada kepada pelancong-pelancung yang datang melawat dan ingin mencuba sendiri aktiviti disawah atau ladang-ladang tradisional ini.

3.3.3 Kerajaan boleh menyediakan insentif dan galakan kepada aktiviti perikanan yang tidak berkait secara langsung dengan pelancongan dengan penekanan diberikan kepada industri akuakultur, perusahaan ikan bilis dan gunatanah pertanian yang memberi identiti kepada Langkawi..

4. ISU PENGANGGURAN

4.1 Pengangguran masih merupakan isu utama di Langkawi walaupun ianya masih dalam kadar yang sederhana pada kadar lebih kurang 8%. Keadaan ini ujud adalah disebabkan tenaga kerja tidak mempunyai kemahiran untuk bekerja dibidang-bidang yang lebih produktif dalam sektor pelancongan serta kurangnya peluang pekerjaan. Kebanyakan penduduk tempatan masih lagi menumpukan kepada sektor tradisional seperti pertanian dan perikanan dan pendapatan yang diperolehi dari sektor ini terlalu rendah dan tidak menggalakkan.

4.2 Sektor-sektor produktif yang berkait dengan pelancongan seperti pembuatan, pembinaan, perdagangan/perhotelan dan pengangkutan/utiliti telah mengalami pertumbuhan yang tinggi terutamanya setelah kerajaan mengistiharkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai. Ini menunjukkan potensi untuk perkembangan sektor-sektor tersebut dimasa depan adalah sangat cerah.

4.3 CADANGAN PENYELESAIAN.

4.3.1 Untuk mengelakkan terlalu banyak orang dari luar Langkawi datang bekerja sedangkan penduduk tempatan hanya sekadar tertumpu kepada sektor tradisional yang tidak menjanjikan peningkatan kepada pendapatan mereka maka satu langkah yang praktikal perlu dilakukan.

4.3.2 Salah satu langkah yang dirasakan boleh membantu penduduk Langkawi terutama anak-anak muda dari berhijrah ke luar Langkawi ialah dengan memberi latihan kemahiran kepada mereka. Latihan yang dimaksudkan disini ialah latihan kemahiran setempat yang berkaitan dengan sektor pelancungan. Contohnya latihan kemahiran kraftangan. Melalui latihan penduduk Langkawi dapat menyediakan barang-barang kraftangan yang lebih berkualiti dan berseni. Selama ini amat kurang sekali barang-barang kraftangan buatan penduduk tempatan. Apa yang ada ialah barangan dari negara Thailand, Indonesia dan juga dari tanah daratan. Ini tidak memberi apa-apa keuntungan ekonomi kepada rakyat tempatan. Begitu juga dengan latihan-latihan berkenaan perhotelan dibawah 2 bintang, latihan kemahiran membaiki kenderaan bot, motosikal atau kenderaan, latihan jurulatih menyelam, kursus memasak dan pengurusan majlis dan acara, kursus katering, dan sebagainya.

4.3.4 Perusahaan penginapan pelancong mempunyai potensi yang besar memandangkan kedatangan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun. Walau pun penglibatan bumiputera dalam penyediaan kemudahan penginapan agak menggalakkan tetapi mereka masih kekurangan kemahiran dan latihan yang diperolehi secara formal. Mereka ini perlu diberi latihan secukupnya dalam menguruskan perusahan penginapan pelancong ini.

4.3.5 Untuk tujuan ini institusi latihan perlu diadakan di Pulau Langkawi ini. Institusi yang boleh digunakan ialah seperti Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Giat dan lain-lain yang sesuai. Kursus-kursus jangka pendek seperti Sijil Pengurusan Hotel dan Pelancongan amat diperlukan di Pulau Langkawi ini. Kursus-kursus seperti ini memberi peluang kepada mereka yang kurang berjaya dalam akademik tetapi memiliki kesungguhan mendapatkan ilmu dan kemahiran selaras dengan keperluan dalam sektor pelancongan di Pulau Lagenda ini. Dengan kursus ini mereka terutama penduduk kampong akan menjadi lebih berdaya saing selaras dengan era globalisasi. Institusi yang hendak diujudkan ini ini perlu berkonsep baru dimana mengutamakan kemahiran praktikal dan pengetahuan-pengetahuan disektor pelancongan atau yang berkaitan denganya , mempunyai kurikulum yang boleh membentuk jiwa dan ketahanan pelatih sehingga mampu berdikari dan berupaya meningkatkan pengurusan dan skil pengusahawan dibidang perniagaan, perkhidmatan, pemerosesan serta menyemai minat terhadapnya. Hanya melalui cara inilah sahaja penduduk Langkawi dapat sama-sama mengambil bahagian dalam sektor yang paling produktif iaitu sektor pelancongan. Masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dapat membantu dalam menjayakan dan menyokong pembangunan sektor pelancongan. Masyarakat yang berpengetahuan akan menjamin sokongan yang baik kepada sektor pelancongan. Strategi yang boleh Pegawai Daerah laksanakan ialah menganjurkan latihan atau menguruskan latihan bersama institusi latihan yang sedia ada kepada masyarakat setempat. Seboleh mungkin masyarakat tempatan perlu didedahkan dengan teknologi-teknologi terkini seperti teknologi maklumat dan sebagainya.

4.3.6 Di Langkawi ini terdapat beberapa kampong yang telah dipilih sebagai kampong cemerlang dan tercantik. Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah telah mengujudkan beberapa kampong yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan dan juga mengujudkan ‘homestay’ . Melalui ‘homestay’ pelancong sendiri akan dapat merasai sendiri suasana kehidupan sesebuah kampong yang berlatarbelakangkan pertanian dan nelayan serta lebih memahami budaya dan masyarakat tempatan. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh diatur dalam kampong tersebut seperti aktiviti majlis khenduri, berendoi, permainan tradisional rakyat, dan sebagainya. Keunikan seperti inilah yang menjadi perhatian dan kesukaan pelancong-pelancong asing. Kampong-kampong seperti Kg Sg Itau, Kg Candek Kura, Kg Kedah Wang Tok Rendong adalah diantara beberapa kampong yang boleh dijadikan destinasi pelancong terutama pelancong dari luar negara. Melalui lawatan pelancong yang berterusan akan menggalakkan aktiviti ekonomi yang berterusan dikampong tersebut seperti catering makanan, pertunjukkan kesenian, jualan kraftangan, jualan makanan tradisional, penyewaan rumah homestay dan sebagainya. Aktiviti seperti ini juga telah mengubah minda penduduknya kepada lebih proaktif dan kreatif serta pengukuhan institusi kampong tersebut. Secara tidak langsung menggalakkan ekonomi penduduk akan berkembang dan meningkatkan taraf hidup penduduk tersebut.

4.3.7 Untuk mengujudkan suasana seperti yang dibayangkan diatas bukanlah mudah. Ianya memerlukan daya kepimpinan dan semangat bersatu hati setiap ahli dalam kampong tersebut. Disinilah peranan Pegawai Daerah untuk masuk kekampong-kampong dan mencetuskan idea tersebut serta memberi jalan dan panduan yang boleh dibuat bagi merealisasikan peningkatan sosio ekonomi masyarakat tempatan.

4.3.8 Kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa telah menggalakkan industri perkhidmatan tempatan seperti industri pengangkutan pelancongan (feri, cruise , teksi, kereta sewa .kapal layar dan sebagainya.), menggalakkan industri kraftangan, menggalakkan pelaburan asing di Pulau Langkawi, Pengujudan Chalet dan rumah penginapan serta hotel-hotel, Restoran-Restoran dan sebagainya.

Usaha-usaha pembangunan sosio ekonomi penduduk merupakan tindakan yang berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengubah minda, cara hidup rakyat dan juga taraf hidup rakyat.

5. PENUTUP

5.1 Tidak dapat dinafikan ciri-ciri alam persekitaran semulajadi yang menarik serta berlatarbelakangkan sejarah dan sosial yang unik menghulurkan potensi yang amat besar untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai salah sebuah destinasi utama pelancong di Malaysia. Kejayaan pembangunan sektor pelancongan akan dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi Langkawi. Pada masa yang sama juga pembangunan sosial ekonomi penduduk tempatan perlu seiring dengan pembangunan sektor pelancongan di Langkawi. Oleh itu perancangan dan strategi pembangunan yang dirangkakan hendaklah mengambil kira masyarakat tempatan agar tidak tersisih dan juga mengambil kira pengekalan sumber-sumber daya penarik produk pelancongan di Pulau Langkawi. Dari perbincangan kertas kerja ini dapatlah disimpulkan beberapa isu utama yang berkaitan sosio ekonomi penduduk Langkawi yang telah dikenalpasti yang boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan ialah seperti berikut:-

5.1.1 Sumber dan produk pelancungan luar bandar yang masih belum dioptimumkan

5.1.2 Kekurangan sokongan kemudahan infrastruktur dikawasan desa yang berpotensi untuk menyokong tarikan pelancongan

5.1.3 Penglibatan penduduk tempatan yang masih rendah dalam memajukan sektor pelancongan eko dan agro

5.1.4 Aspek kebudayaan masyarakat tempatan tidak dijelmakan sebagai produk pelancongan khususnya untuk menarik keinginan atau minat para pelancong internasional.

5.1.5 Penduduk tempatan masih lagi kekurangan kemahiran dalam usaha untuk menggunakan sepenuhnya atau mengeksploitasi dan menerapkan nilai tambah pelancongan dalam produk pertanian semasa.

5.2 Sebahagian cadangan penyelesaian telah dikemukakan, walaubagaimanapun dalam masa yang terhad perbincangan hanya tertumpu kepada peranan yang boleh dimainkan oleh Pegawai Daerah dalam menjana kemahiran penduduk dan mengujudkan kemimpinan kampong yang lebih berkesan, kreatif dan proaktif melalui program-program yang diaturkan. Dengan cara ini barulah penduduk tempatan dapat mengambil bahagian yang lebih aktif dalam industri pelancongan yang secara t idak langsung akan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Pejabat Daerah Langkawi

Kertas Kerja ini dibentangkan dalam ’Dialog Pembangunan Langkawi 2006’