Wednesday, March 28, 2012

UCAPAN ALUAN SAYA DALAM MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL LELONG HARTANAH KOTA SETAR 2012 PADA 20.03.2012 DI DEWAN UKIR MALL , ALOR SETAR

Mohd Asri Redha

28.03.2012
Ukir Mall, Alor Setar

Assalamualaikum..w.r.t
Yang berusaha Tuan Pengacara Majlis
Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohamad Nor b.Hj Rofiee.. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah
Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Noh Ahmad..Datuk Bandar MBAS
Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kota Setar.. Dato’ Hj Bakar b. Din
Tuan2 Timbalan PTG Kedah..
Tuan-Tuan Pentadbir Tanah
Para Penaja Program hari ini.. terima kasih
Ketua-Ketua Jabatan dan Wakil
Penolong-Penolong Pentadbir Tanah/Penolong-Penolong Pegawai Daerah..
Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah
Pengerusi Persatuan Pelelong Berlesen Negeri Kedah
En Che Had Dali.. orang yang banyak membantu menjayakan KLAHKS 2012 ini
Para Banker, Peguam, Penilai, dan Pelelong-Pelelong Berlesen
Para wakil-wakil media dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadzrat Allah SWT kerana pada pagi yang indah dan nyaman ini kita semua dapat berkumpul didewan yang selesa ini untuk sama-sama berada dalam program KLAHSKS 2012. Sesungguhnya kehadiran Dato’2, tuan2 dan puan2 sekalian telah memeriahkan lagi majlis yang julung-julung kali diadakan…….

Dato2/Tuan2 dan Puan2 sekalian.

Program KLAHKS 2012 ini adalah julung-julung kalinya diadakan oleh PTKS dengan kerjasama dari Pelelong-Pelelong Berlesen Negeri Kedah dan Badan Sukan Dan Rekreasi PTKS. Aktiviti yang dijalankan pada hari adalah mengambil pengalaman yang telah dibuat oleh PejabatTanah Kulim dan Pejabat Tanah Kuala Muda dimana hasilnya telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.

Sebagai Pejabat Tanah yang melaksanakan operasi nya sama seperti mana PTK dan PTKM rasanya tidak salah kita meniru perkara yang terbukti membawa kebaikan semua pihak. Apabila cadangan mengadakan program ini dikemukakan kepada anak-anak buah saya … mereka telah menunjukkan kesungguhan dan minat untuk sama melaksanakan program KLAHKS 12 ini. Apatah lagi di Kota Setar ini tidak kurang juga bilangan fail-fail permohonan untuk melelong hartanah yang gagal dibayar balik pinjaman oleh penggadai. Sebab itulah hasil penat lelah mereka maka program kita pada hari ini telah menjadi kenyataan…….

Dato’2 Tuan2 dan Puan2 sekalian…

Sebenarnya bukanlah menjadi kebanggaan sangat untuk PTKS melelong hartanah-hartanah yang digadai ini… kerana kita tahu setiap tuan tanah atau pemilik hartanah ini mempunyai nilai-nilai tersendiri terhadap tanah yang mereka miliki…. Setengahnya ada nilai sentimental yang amat tinggi…apatah lagi kalau rumah tersebut diduduki sendiri sejak sekian lama, tapi apakan daya.. keperluan kewangan menyebabkan mereka menggadai tanah / hartanah mereka untuk mendapatkan wang bagi kegunaan pelbagai keperluan dan tujuan…. Malangnya masalah yang datang kita tidak dapat jangkakan… ada yang Berjaya melepasi masalah dan Berjaya menyelesaikan dan membayar hutang mengikut syarat yang ditetapkan tapi ada juga yang gagal menyempurnakan pembayaran balik dengan pelbagai masalah maka pada akhirnya ….. tanah tersebut terpaksalah di lelong… Oleh kerana telah ada peruntukan khusus dalam KTN berkenaan tanah-tanah yang digadai yang gagal dibayar balik hutang … maka itulah adanya Lelong… jadi jabatan ini melelong harta tanah atas dasar ada peruntukan undang-undang yang terpaksa dilaksanakan oleh Pejabat Tanah… Kalau tidak Pejabat Tanah akan dipersalahkan kerana tidak buat kerja untuk memenuhi kehendak yang termaktub dalam KTN……

Dato2 tuan2 dan puan2 sekalian….

Kalau ikut perkiraan awal jumlah hartanah yang akan dilelong berjumlah melebihi 100 fail. Satu angka yang agak banyak juga bagi sebuah daerah yang tidaklah berapa besar sangat… namun sampai ke saat terakhir pada 22 Mac 2012 hanya 47 fail sahaja yang layak untuk diambil tindakan lelong awam pada hari ini dengan anggaran nilaian hartanah yang boleh dijual lebih kurang RM09.00 juga. Walaupun hanya tinggal 47 fail sahaja hartanah yang akan dilelong.. program ini tetap diteruskan juga kerana perancangan yang diatur mengadakan program in telah di atur sejak akhir tahun 2011 lagi…. Sekurang2nya apa yang dibuat oleh PTKS ini telah memberi banyak kesan positif kepada semua pihak..

Sebelum ini urusan lelong ini dibuat setiap minggu atau 2 minggu sekali dan dalam bilangan kecil sahaja… Olleh itu promosi yg dibuat tidak begitu menyeluruh dan tidk begitu tersebar luas… Jadi kesannya tidak begitu memberangsangkan…. Kadang2 tidak ada pembida langsung… kalau adapun bidaan, saingan tidak begitu hebat dan hartanah yang dilelong ini tidak meningkat ke paras yang sewajarnya….. Jabatan tidak dapat membuat promosi dan pengiklanan yang sewajarnya kerana factor kos menjadi masalah utama………… Ini merugikan pihak bank dan pihak penggadai sendiri..

Melalui program KLAHKS 2012 ini saya melihat impak dari program dan promosi yang dibuat oleh urusetia amat besar sekali… Setelah bermulanya promosi-promosi yang dibuat melalui pemasangan banner, streamer, lekatan di papan-papan kenyataan dibeberapa tempat strategik sekitar bandaraya ini saya dapati.. pihak penggadai telah mula aktif kembali dalam menyelesaikan tunggakan pinjaman mereka… manakan tidak.. hari-hari ada saja orang datang ke rumah hartanah tersebut ambil gambar dan bincang dgn tuan rumah/pemilik tanah untuk maksud bidaan lelong nanti… Kalau hari-hari orang datang rumah… Tanya fasal rumah kita duduk.. tentunya timbul juga perasaan malu pada jiran-jiran dan anak-anak buah sendiri…. Apa akan jadi kalau nanti hartanah rumah nanti dapat dibida oleh orang awam.. dan mereka datang menuntut hak mereka dan tuan tanah/tuan rumah asal terpaksalah meninggalkan rumah tersebut sedang mereka telah duduk sejak sekian lama…. Tidak dapat tidak.. dengan apa cara sekalipun.. kenalah cari duit untuk sambung bayar tunggakan bayaran pinjaman tersebut…. Sebab itu dari lebih 100 kes yang telah dikenalpasti untuk dilelong , pada akhir hanya 47 kes sahaja yang dapat dilelong. Yang lainnya telah berjumpa bank dan bincang balik untuk menstrukturkan semula perancangan bayaran balik pinjaman mereka…

Walau pun dari satu segi saya kurang seronok dengan penurunan bilangan fail lebih dari separuh namun saya gembira kerana apa yang dibuat oleh PTKS ini telah menyedarkan sebahagian besar peminjam agar tidak boleh buat mudah dengan pinjaman yang dibuat.. ianya perlu dibayar seperti ikatan perjanjian yang telah dipersetujui.. kalau tidak peminjam bukan setakat kena bayar tunggakan, juga terpaksa bayar segala kos-kos yang berkaitan tuntutan undang-undang ini…..

Saya rasa kurang selesalah sikit kerana urusetia telah berbelanja agak besar untuk tujuan-tujuan promosi dan persiapan tempat . Manakala pelelong-pelelong berlesen telah dilantik sejak awal lagi dengan memberikan fail2 yang akan dilelong. Kita telah jemput mereka berbincang dan bermesyuarat beberapa kali dengan mereka bagi memastikan segala dokumen dilengkapkan, dan promosi boleh dibuat awal serta proses pelelongan berjalan lancer. Mereka juga membuat promosi sendiri seperti untuk mencari pembeli melalui pelbagai cara yang juga memerlukan kos tertentu. Mereka juga adalah penyumbang kewangan terbesar dalam menjayakan KLAHKS 2012 ini. Semua ini melibatkan kos kepada mereka dan kos kepada urusetia ini sendiri…… Mereka juga perlu berbelanja tapi malangnya kes yang mereka pegang tidak jadi dilelong….

Sehubungan itu jika ada ruang dan peruntukan khusus.. .. saya mencadangkan supaya pihak Bank dapat meneliti baliklah bagi kes-kes yang tak jadi lelong seperti ini supaya sejumlah peruntukan dapatlah diberi bayaran balik kepada pelelong berlesen ini. Mereka ini juga merupakan penyumbang kewangan terbesar kearah kejayaan melaksanakan KLAHKS 2012 ini ... Kalau tidak saya terpaksalah mengembalikan balik sumbangan kewangan pelelong tersebut yang saya rasa separuh dari bilangan fail yang sepatutnya dilelong.

Sekurang-kurangnya kos awalan mereka itu dapat dibayar balik kepada mereka. Bankpun saya rasa tidak ada masalah kerana keuntungan semua bank semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan kelmarinpun kita agak terkejut juga bila Bank Rakyat boleh umum dividen sampai 20%... Tahniahlah kepada Bank Rakyat akan kejayaan menguruskan kewangan dengan baik hingga boleh memberi keuntungan yang begitu banyak..

Sebenarnya inisiatif yang dilaksanakan oleh jabatan ini telah memberikan kesenangan dan kemudahan kepada semua pihak dari pihak Bank, Peguam, Penilai, Pelelong malahan penggadai sendiri. Dengan promosi besar-besaran yang kita telah buat sebenarnya telah memberikan reaksi yang baik dari semua pihak samada dari pihak pembida yang ingin membeli hartanah dan juga penggadai yang berusaha bersungguh mencari wang bagi membayar balik pinjaman yang tertunggak. Kita juga telah mengadakan sidang akhbar khas pada minggu lepas dengan menjemput hampir semua akhbar-akhbar utama yang ada dan juga RTM juga dijemput untuk diberi penerangan berkenaan program KLAHKS 2012 ini. Kita mendapat kerjasama baik dari akhbar-akhbar berkenaan dan berita dimasukkan dalam akhbar masing-masing malahan RTM sendiri difahamkan telah memasukkan berita berkenaan program ini dalam Berita Wilayahnya.

Ini adalah kerana bila promosi besar-besaran dibuat pastinya hartanah tersebut tersebar luas dan lebih ramai orang berminat untuk melihat dan memilikinya melalui jualan lelong seperti ini. Penggadai pastinya tidak mahu hartanahnya terlepas ketangan orang lain memandangkan begitu ramai yang berminat. Namun begitu pihak penggadai juga mendapat faedah maksima dari program ini kerana harga hartanah mereka pasti akan meningkat bila adanya saingan untuk memiliki hartanah tersebut kerana lebih ramai peminat hartanah masuk bidaan lelongan ini berbanding dengan cara lelongan biasa secara tradisional yang diadakan sebelum ini.. Dengan itu dengan jualan hartanah yang tinggi itu akan dapat menutup hutang-hutang yang ada dan kemungkinan akan ada baki untuk dikembalikan kepada penggadai….

Pihak bank tentunya lebih senang dengan cara ini kerana mereka akan mendapat harga jualan yang lebih baik dan ada ramai pembeli. Ini akan mengurangkan kes-kes tunggakan bayaran balik pinjaman dan pinjaman yang tak berbayar dipihak bank…. Dan pada masa yang sama ada penggadai yang telah datang balik ke bank untuk menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman mereka… Pihak penilai, pihak pelelong dan peguam juga tidak ketinggalan mendapat faedah maksima dari program yang kita adakan ini.

Insya Allah jika program ini berjaya, kita akan aturkan sekali atau dua kali lagi Karnival Lelong ini jika bilangan fail mencukupi untuk kita adakan…. Saya juga akan cuba mengadakan kerjasama strategic dengan pihak Pentadbir Tanah Kubang Pasu , Pentadbir Tanah Pokok Sena dan Pentadbir Tanah Pendang untuk mengadakan secara bersama Karnival Lelong ini di Bandar Alor Setar ini.. Menggabungkan hartanah-hartanah dari daerah-daerah berdekatan ini akan lebih berkesan lagi dan memeriahkan program Karnival Lelong tersebut..

Walau bagaimanapun semua ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama dari pihak bank, peguam, penilai, pelelong dan juga jabatan-jabatan terlibat sebab untuk mengadakan program seperti ini memerlukan kos yang agak tinggi dan mencuri banyak masa waktu bekerja… sungguhpun begitu saya rasa berbaloi jika pihak bank dll agensi yang terlibat secara langsung berbelanja sedikit untuk keuntungan yang lebih. Jika tuan-tuan semua boleh bekerjasama dengan saya lagilah saya boleh bekerjasama dengan tuan-tuan semua… Insya Allah..

Jabatan ini akan cuba menyelesaikan segala fail-fail yang masih tertunggak untuk diadakan siasatan dan lelongan ini melalui cara ini…

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua  agensi, jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan , para penaja yang budiman, pengurusan Ukir Mall ini dan semuanya yang tidak dapat saya sebutkan lagi disini atas kerjasama yang diberikan kepada penganjur . Tanpa kerjasama anda semua tentunya majlis yang kita anjurkan pada hari ini tidak berjalan lancar… dan saya memohon ampun dan maaf jika sekiranya sepanjang program ini berjalan berlaku apa-apa kekurangan yang tidak menyenangkan …

Sekian, 'Wassalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuuh'……..




Draf dan taip disedia oleh:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman.
Pentadbir Tanah Kota Setar
Teratak Kasih, 28 Mac 2012

No comments:

Post a Comment