Catatan.. Mohd Asri Redha
Assalaam.. buat sahabat dan saudara.. Saya doakan sihat walafiat. Cerita hari ini...
Setiap kayuhan basikal .. kena perlu ada kelainan.. kelainan nak bagi laju kayuhan x mampu dah.. kayuh ikut kemampuan saja la.. Sebenarnya dlm Daerah Kota Setar ni banyak lagi tempat2 yg menarik yg belum diterjah.. Hari ini saya menyusuri jln kg. sepanjang terusan bersejarah Terusan Wan Mat Saman hingga ke Kota Sarang Semut. Sayangnya terusan bersejarah binaan manusia ini, seolah-olah langsung tidak dihargai.. sepanjang jln. tepi sungai ini menjadi tempat buangan sampah segala macam.. Rakyat dan penduduk sepanjang sungai ini sewajarnya menjadikan sungai ini sebagai anak angkat mereka dijaga dan dibelai dgn elok bukan sebagai tempat melepas segala sampah ..
Saya juga sempat melawat satu tempat menarik di Kota Sarang Semut.. di Sungai Sala yg menjadi sempadan daerah Kota Setar dan Yan.. Jambatan yg boleh dijadikan satu produk pelancongan yg amat menarik jika dibangunkan lanskap yang menarik dan restoran yang sesuai... amat menarik dan berpotensi tempat ini. JAMBATAN BAILEY nama tempat yg ada jambatan unik itu.. orang tempatan panggil 'Jambatan Hingaq' merentasi Sungai Sala yg cantik menghubungkan Daerah Kita Setar dgn Daerah Yan.. Memang hingaq sungguh bila kenderaan lalu.. hingaq yg. blh. jadi tarikan tu.. kayuhan kami melangkaui masuk sedikit ke Daerah Yan.. Alhamdulillah .. hari ini kayuhan melebihi 50KM... letih gila fasal panas terik..
Terima kasih.. 3 orang sahabat baru yg sudi join kayuhan hari ini..
Saya amat menghargai usaha 2 orang sahabat baru dari Kota Sarang Semut ini yg amat prihatin terhadap isu2 anak muda terutama berkaitan pelencongan sosial dan isu salah guna dadah.. InsyaAllah saya akan sama2 mereka utk terlibat dlm aktiviti2 yg akan mereka laksanakan untuk mendekati anak2 muda dgn program2 yg menyihatkan dan positif.
_____________
TQ
#berbasikalnormabaru
#kitajagakita
Abdul Halim Alwi.
Yusof Osman.
Masjid Al Islah.
Yusof Ismail.
Pn Aza.
#Hingaq = bising
No comments:
Post a Comment