TEKS UCAPAN ALUAN
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
MINGGU INTEGRITI LADA 2019
Mukadimah
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita telah berjaya mengadakan Minggu Integriti LADA 2019 dan hari ini adalah penamatnya. Bagi, agensi luar mungkin ini adalah hari ketiga, atau kedua, atau mungkin hari yang pertama menyertai Minggu Integriti LADA 2019 kerana tiga (3) hari terakhir Minggu Integriti adalah terbuka kepada agensi luar. Walau berapa lama tuan puan berkampung di Langkawi, semoga perkongsian LADA ini memberikan input yang bermanfaat kepada agensi tuan puan juga.Terima kasih atas kehadiran tuan puan yang menunjukkan pernyataan komitmen terhadap usaha-usaha memperkasa integriti. Diharapkan juga tuan puan telah menikmati Langkawi ‘Hospitality’ sepanjang berada di bumi lagenda Mahsuri ini, sebelum berangkat pulang ke tempat tuan puan.
Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah slot Integrity: Walk The Talk (i-TALK) kita pada hari ini, Ustaz Muhamad Hanif bin Muhamad Haneefa atau lebih kita kenali dengan nama PU Hafiz di arena pentas dakwah Malaysia atas kesudian menyampaikan ceramah sebentar tadi. Banyak teladan yang kita boleh ambil dari sirah Rasulullah SAW yang kita cintai dan boleh diadaptasi dalam kita melaksanakan tanggungjawab kita sehari-hari. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau dapat mengetuk pintu hati kita dan bertanya pada diri, “Adakah aku telah melaksanakan tugas tanggungjawab yang diperamanahkan kepadaku dengan penuh integrity?” dan “Adakah aku memberi makan kepada keluargaku dengan duit yang halal hasil daripada kerjaku yang dijalankan dengan sempurna?”. Pertanyaan seperti ini adalah perlu kerana ia adalah salah satu cara kita bermuhasabah terhadap amalan kerja yang kita ambil satu (1) per tiga (3) daripada waktu kita sehari-hari. Perlu kita manfaatkan waktu kerja sebagai salah satu ibadat menambah pahala dalam perjalanan kita menuju ke syurga Ilahi yang kekal abadi.
Amanah Jangan Dikhianati
Tuan-tuan dan puan-puan,
Suka saya mengambil platform ini sebagai pentas untuk saya mengingatkan diri saya dan hadirin semua bahawa kerja kita merupakan satu amanah. Kita bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan dengan gaji yang telah dibayar perlu setimpal dengan kerja yang dibuat. Bukan sahaja dengan zakat mensucikan pendapatan yang kita peroleh atau menjalankan kerja yang halal, bahkan tindakan kita menjalankan amanah juga merupakan satu bentuk untuk kita memastikan rezeki yang kita terima itu halal dan bukan dalam istilah lain ‘makan gaji buta’. Kita juga memilih untuk mendapat ‘amanah’ ini dengan meminta jawatan kita daripada majikan yang menggajikan kita, maka hendaklah kita menjaga ‘amanah’ tersebut. Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,”.
Bahkan dalam surah Al-Anfal ayat 27, Allah berfirman yang bermaksud:-
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”
Rasuah Manifestasi Khianat
Tuan-tuan dan puan-puan
Boleh kita rangkumkan juga bahawa rasuah merupakan bentuk pecah amanah. Contoh yang dapat saya beri, bayangkan jika kita dipertanggungjawabkan sebagai pemberi lesen, dan kita meminta duit untuk menyegerakan kelulusan pengeluaran suatu lesen tersebut, itu merupakan bentuk rasuah dan telah mengkhianati majikan yang telah menggajikan kita untuk melakukan kerja merngikut prosedur yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, itulah pentingnya kita mengadakan program-program seperti Minggu Integriti ini untuk memperingatkan kita untuk mengelakkan kita daripada culas dalam kerja sehingga menyebabkan kita melakukan perbuatan tidak berintegriti seperti berniaga ketika bekerja, bermain Facebook sambil kerja dan ponteng kerja.
Sungguh boleh dikatakan usaha-usaha memperkasa integriti dan membanteras jenayah rasuah berkembang seiring perubahan zaman. Malaysia sendiri tidak terkecuali. Pada 2004, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN). 2010 menyaksigan agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0. 2012 pula GTP 2.0 telah diperkenalkan. Pada tahun ini pula, kerajaan mengorak langkah dengan memperkenalkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Begitu juga ISO Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) telah diperkenalkan sebagai satu usaha memusatkan semua inisiatif pencegahan rasuah secara teratur dan sistematik bagi mengurangkan kesan risiko rasuah terhadap agensi. Justeru, tidak mustahil akan ada lagi inisiatif baharu yang akan diperkenalkan kerajaan dalam kerangka visi Malaysia bersih daripada rasuah.
Usaha Diperingkat Agensi
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kerajaan telah membuat pelbagai inisiatif dan dasar-dasar baru. Namun, kitalah pelaksananya. Oleh itu, hendaklah kita menyahut cabaran dan berlumba secara sihat dalam memastikan agenda kerajaan ini terlaksana. Walaupun kita mempunyai kerja hakiki yang lain, perlu kita sedar bahawa integriti merupakan tulang belakang bagi memastikan kita melaksanakan tugas hakiki dengan cemerlang. Masakan mekar bunga tanpa penjagaan yang baik, masakan kukuh rumah tanpa struktur yang padu, begitulah perumpamaan nilai integriti. Maka, kita sewajarnya menggembleng idea dan tenaga ke arah pemantapan integriti agensi.
LADA telah menyatukan usaha integriti melalui peranan Unit Integriti. InsyaAllah ia akan lebih tersusun dengan Pelan Antirasuah yang akan diterbitkan kelak. Malah platform seperti Minggu Integriti ini akan mebantu ke arah pemerkasaan integriti LADA serta gerak kerja LADA sendiri melalui jalinan kerjasama atau networking bersama-sama agensi tuan puan. Setiap kita mempunyai kepakaran yang berbeza. Lets us break the silo. Usaha integriti ini tidak perlu dijalankan sendirian. InsyaAllah lebih banyak ketelibatan akan membuahkan hasil yang di luar jangkaan. LADA amat mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi bersama agensi tuan puan dalam agenda penginstitusian nilai-nilai integriti.
Harapan dan Penutup
Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Adalah diharapkan melalui penganjuran Minggu Integriti LADA 2019, hadirin sekalian memperoleh pengetahuan bermanfaat kepada diri serta boleh dipraktikkan di agensi. InsyaAllah LADA akan menambah baik lagi mutu penganjuran Minggu Integriti LADA 2019 yang merupakan pertama kali diadakan. Sebagai tuan rumah, saya memohon maaf di atas segala apa-apa yang kurang daripada pihak LADA sepanjang tuan puan menghadiri program-program yang berlangsung sepanjang Minggu Integriti ini. Saya telah meminta pihak urus setia mengendalikan sesi posmortem segera dengan mengambil dapatan daripada tuan puan bagi penganjuran Minggu Integriti LADA 2020 pula dengan izin Allah jua.
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Jawatankuasa Pelaksana Minggu Integriti LADA 2019 yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program sepanjang minggu. Saya tahu bukan mudah bagi Jawatankuasa melaksanakannya dengan pelbagai kekangan dan telah lihat sendiri gerak kerja Jawatankuasa ini yang positif serta segera menyediakan pelan kontigensi bagi memastikan kualiti penganjurannya terpelihara. Tahniah dan syabas diucapkan.
Untuk itu, dengan kalimat suci bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan penutup Minggu Integriti LADA 2019.
Sekian daripada saya,
wabillahitaufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Ucapan Aluan
KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF LADA BERSEMPENA
MAJLIS
PERASMIAN MINGGU
INTEGRITI LADA 2019 DAN
SEMINAR KELESTARIAN INTEGRITI LADA
Assalamualaikum, Salam Integriti dan Salam Kedah Aman Makmur - Bersama Memacu Transformasi
Mukadimah
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dapat mengadakan
Minggu Integriti LADA 2019 sepanjang minggu ini. Di samping itu, kita juga
dapat mengadakan Seminar Kelestarian Integriti sepanjang hari ini. Saya
difahamkan oleh urus setia bahawa peserta kita adalah seramai 350 orang yang
terdiri daripada Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri
Kedah, Agensi Awam di Langkawi, termasuk penyertaan daripada warga LADA,
syarikat-syarikat LADA dan syarikat bersekutu LADA. Terima kasih atas kesudian
YBhg. Dato’-dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang datang daripada jauh mahupun
dekat atas kesudian menghadiri program pada hari ini.
Terima
kasih yang tak terhingga juga kepada Yang Berhormat Dato’ Ir Amiruddin Hamzah,
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, merangkap Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah
LADA atas kesudian melapangkan masa, menghadiri program Minggu Integriti LADA
walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan di Kementerian Kewangan. Begitu juga Yang
Berbahagia Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah atas
kesudian menyampaikan bingkisan coretan sebelum bermulanya majlis kita pada
pagi ini. Beliau merupakan pegawai yang komited dan berpengalaman luas dalam
mengendalikan siasatan-siasatan kes rasuah. Terima kasih sekali lagi kepada
Dato’ berdua.
Pengenalan
Minggu Integriti LADA
Yang
Berhormat Dato’, Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Untuk
pengetahuan semua, Minggu Integriti LADA pada tahun ini merupakan julung kali
diadakan. Jika sebelum ini, LADA menganjurkan Hari Integriti yang hanya terbuka
kepada warga LADA sahaja, pada tahun ini kita mengadakan Minggu Integriti LADA
yang bukan sahaja untuk warga LADA bahkan melibatkan penyertaan Badan-badan
Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri Kedah, Agensi Awam di Langkawi
serta syarikat-syarikat LADA dan syarikat bersekutu LADA. Penganjuran Minggu
Integriti pada skala yang besar ini merupakan satu manifestasi hasrat LADA
untuk berkolaborasi dengan semua agensi dalam memperkukuh integriti, menyatukan
gerak kerja antirasuah dan sekaligus memarbatkan perkhidmatan badan awam di
Malaysia.
Hal
ini kerana saya melihat bahawa dalam mendepani cabaran semasa kini yang
menuntut agar kita memperkemas prosedur kerja serta menyampaikan perkhidmatan
kepada orang awam, LADA sendiri memerlukan satu anjakan paradigma daripada
melakukan perkara kebiasaan atau rutin di zon selesa atau “comfort zone”.
Apatah lagi usaha memerangi rasuah bukan satu perkara yang seharusnya dilakukan
secara bersendirian atau silo. Ia bukan terletak hanya di bahu Unit Integriti
Agensi, SPRM atau GIACC, ia merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh hal yang
demikian, ia memerlukan kolaborasi kepakaran, kerjasama tenaga, serta kesatuan
tekad dan iltizam dalam merencanakan serta menjalankan gerak kerja pengukuhan
integriti dan antirasuah.
Tema
dan Pengisian
Yang
Berhormat Dato’, Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Sesuai
dengan tema yang dipilih “Integriti Kompas Moral Organisasi”, integriti
merupakan pedoman dan asas modal insan yang diperlukan setiap agensi bagi
memastikan segala perancangan agensi berjaya dilaksanakan dengan penuh rasa
kebertanggungjawaban. Tanpa integriti, perancangan ini sudah sepastinya sukar
dicapai kerana pelaksananya ‘hilang pedoman’ atau ‘hilang arah’ dalam
menggerakkan perancangan agensi. Maka, integritilah yang menjadi ‘kompasnya’.
Justeru, suka saya memaklumkan bahawa pelbagai pengisian telah diatur oleh
pihak LADA dalam menginsitusikan nilai-nilai integriti dalam kalangan warga
kerja LADA, pekhidmat badan berkanun, penjawat awam lain dan sektor swasta sepanjang
minggu ini.
Untuk
makluman, penganjuran Minggu Integriti pada kali ini dibahagikan kepada dua (2)
segmen, iaitu terbuka kepada warga LADA sahaja dan terbuka kepada semua. Bagi
penganjuran khas terbuka kepada LADA, kita mengadakan program bercorak
pertandingan seperti:-
- Eksplorasi Integriti yang telah disertai oleh 48 warga LADA yang menguji fizikal dan mental melalui cabaran-cabaran yang telah diatur pada 21 April 2019;
- Susun Kata Integriti yang disertai oleh 64 orang warga LADA dengan cabaran bercorak ‘Munsyi Bahasa’ pada 22 April 2019; dan
- Swafoto Integriti, menampilkan cabaran menyampaikan mesej-mesej integriti yang telah bermula pada 14 April sehingga tarikh tutupnya, iaitu pada tengah malam ini.
Penganjuran
pertandingan-pertandingan ini diharap dapat memupuk pemahaman dan penerapan
warga LADA sendiri terhadap integriti dan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan
dengannya melalui platform ‘fun learning’ selain mewujudkan daya saing yang
sihat dalam mencapai objektif program.
Segmen
kedua dengan penyertaannya kepada semua agensi termasuklah:-
- i-Fit-4-Life yang berkonsepkan ‘light Zumba’ pada kelmarin, 23 April 2019;
- Seminar Kelestarian Integriti, seperti yang dianjurkan pada hari ini (24 April 2019); dan
- Integrity: Walk The Talk atau dikenali di LADA dengan singkatan i-TALK, Edisi Minggu Integriti yang diadakan pada esok hari (25 April 2019).Segmen kedua ini digarap dengan kombinasi PQ, IQ dan SQ (Physical Quotient, Intellectual Quotient, Spiritual Quotient), mengimbangi tuntutan kecergasan jasmani melalui aktiviti senaman, kecerdasan akal melalui perbincangan ilmiah dan kekuatan rohani melalui pengisian keagamaan. Sesuai dengan itu, pengurusan LADA bersetuju agar segmen ini terbuka kepada semua, tanpa apa-apa caj bayaran. Hasratnya agar Langkawi bukan sahaja destinasi pelancongan utama di dunia malahan membuka pentas bagi lebih banyak pihak menjadikan Langkawi sebagai pusat riadah, sukan, latihan, pentas perbincangan ilmiah atau keagamaan, medium perbahasan dan pembentangan dasar kerajaan selain menjalin hubungan erat dengan pelbagai agensi dalam menggembleng idea dan tenaga untuk memacu agenda kesejahteraan rakyat.Usahasama bersama Agensi Luar
Yang
Berhormat Dato’, Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Kerjasama erat turut LADA zahirkan
melalui kerjasama dengan SPRM melalui
program Integrity Walkabout
yang bakal dilaksanakan selepas tamat majlis pagi ini. Ia bagi mendapatkan
pandangan para pelancong terhadap rasuah di Malaysia, yang merupakan petama kali
diadakan seumpanya. Seramai 60 orang petugas yang terdiri daripada pegawai SPRM
dan LADA akan berada di Dataran Lang, Jeti Kilim dan Oriental Village dengan
sasaran 1,200 pelancong dalam dan luar negara dalam tempoh tiga (3) jam
pelaksanaan program. Hasil dapatan kajian amat bermakna dalam membanteras
rasuah melalui gerak kerja yang progresif berdasarkan pandangan pelancong dan
dapat digunakan bukan sahaja LADA dan SPRM, malahan agensi-agensi berkaitan
integriti, penguatkuasaan, industri pelancongan dan para penuntut pendidikan
tertiari. Saya amat yakin usahasama seumpama ini boleh diadakan berterusan dan dalam
pelbagai bentuk yang lain.
Seminar Kelestarian
Integriti
Jika Integrity
Walkabout berlangsung di luar dewan ini, manakala Seminar Kelestarian Integriti
akan diteruskan sejurus tamat majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh
Yang Berhormat Dato’ Ir Amiruddin Hamzah sebentar lagi. Dengan tema yang
dipilih pengurusan LADA, iaitu “Sistem Pengurusan Antirasuah dan Pelan
Antirasuah:- Ke Arah Tadbir Urus Terbaik”, sebanyak enam (6) slot telah
dirangka yang bakal disampaikan oleh lima (5) orang penceramah yang
berpengalaman luas dalam bidang tugasnya, iaitu:-
- ISO Sistem Pengurusan Antirasuah – Kepentingan dan Implikasi Pelaksanaan; dan
- ISO Sistem Pegurusan Antirasuah – Keperluan Ke Arah PentauliahanKedua-dua tajuk ini berkait dengan ISO Anti-Bribery Management System (ABMS) dan akan dikupas dari sudut kepentingan dan persediaan bagi suatu agensi ke arah pensijilan ABMS. Ia akan disampaikan oleh:Puan Fauziah Binti SulaimanKetua Seksyen PerkhidmatanSeksyen Jualan dan Pembangunan PerniagaanSIRIM QAS International Sdn Bhd
- Tadbir Urus Badan Berkanun – Antara Kehendak Peraturan dan Kuasa Budi BicaraTajuk ini akan membahaskan perihal kuasa budi bicara dan hadnya dalam pengurusan agensi. Ia akan disampaikan oleh:Tuan Shamsul bin BolhassanPeguam Kanan PersekutuanKetua Unit Perlembagaan & Undang-Undang PentadbiranBahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
- “Corporat Liability” dalam Akta SPRM – Apa Yang Perlu Anda Fahami?Selaras dengan kelulusan sidang Dewan Negara pada 5 April 2018 bagi Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 yang meliputi peruntukan baharu seksyen 17A bertujuan mengalakkan perniagaan dan aktiviti komersial dijalankan dalam keadaan bebas rasuah, perlu sama-sama kita fahami melalui pembentangan oleh:Tuan Haji Celemans Haji KasimPenolong Pesuruhjaya Bahagian Komunikasi StrategikSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Merekayasa Pelan Antirasuah OrganisasiSelaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan, sepastinya semua agensi berlumba-lumba menggerakkan inisiatif antirasuah melalui penerbitan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Oleh itu, LADA menjemput spokeperson OACP, iaitu:Tuan Mohamad bin Ahmad @ PutehTimbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti AgensiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Merintis Perubahan OrganisasiSudah pasti kita juga ingin mendapatkan penerangan daripada agensi yang telah berjaya memperoleh ABMS, untuk kita mengetahui pahit manis dalam usaha agensi ke arah pensijilan ABMS, iaitu:Yang Berbahagia Dato’ Latifah binti Md YatimKetua Pegawai Integriti dan Projek KhasLembaga Tabung Haji
Yang
Berhormat Dato’, Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Adalah diharapkan melalui penganjuran
Seminar Kelestarian Integriti, para peserta memperoleh pengetahuan bermanfaat
untuk dipraktikkan di agensi. Semoga ia menjadi sesi percambahan dan diskusi
ilmiah dalam kalangan peserta bagi merealisasikan tadbir urus agensi terbaik
dan bebas rasuah, di samping menjadi sesi ‘networking’ dalam kalangan agensi
bagi menggerakkan kolaborasi yang padu dalam agenda pengukuhan integriti dan
antirasuah.
Sebelum mengundur diri, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi pempamer, iaitu:-
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC);
- Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI);
- Bank Negara Malaysia (BNM);
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK);
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp);
- Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi;
- Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi; dan
- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi;Tidak lupa ucapan setinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Minggu Integriti LADA 2019 yang diterajui oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Haji Zepri Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) dan En. Muhammad Khairi Azizan, Ketua Unit Integriti LADA. Jawatankuasa ini menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran pada kali ini dengan gerak kerja perancangan program yang bermula seawal Oktober 2018 (enam bulan terdahulu). Semoga penganjuran pada kali ini menjadi pemangkin gerak kerja integriti dan antirasuah bukan sahaja buat LADA, bahkan buat semua wakil-wakil agensi yang hadir pada hari ini.Sekian daripada saya,wabillahitaufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.